Assalamualaikum semua,
Entri pertama untuk tahun 2015, fuh..dah lama tak menaip kat blog sendiri. Macam kena start semua dari awal...blogwalking yang dah lama ditinggalkan.
Bulan March 2015 rasanya akan menjadi sangat sibuk, semua kawan - kawan saya yang kebanyakkan berkerja dalam bidang IT begitu sibuk. Kalau ajak keluar pun, semua akan menjawab..."tak free sampai awal bulan April". Rasanya ramai yang tahu sebab apa....kekangan masa untuk memastikan perlaksanaan GST berjaya lancar pada 1 April 2015 nanti.
Saya pun tidak terlepas tempiasnya, walaupun tidak secara langsung. Sikit - sikit kena juga, memang banyak yang nak kena tukar untuk mengikut standard yang ditetapkan Kastam bagi GST.
Sebagai pengguna kita perlu tahu apa yang dikenakan cukai GST dan apa yang tidak dikenakan cukai. Sila layari laman web GST Malaysia.
Kalau ingin mengetahui apa itu GST, sila ke laman web ini - Apa itu GST?