Tuesday, January 31, 2012

Sesuatu untuk dikongsi bersama "Kawan"

"Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??   



Mereka berkedip bersama,   
Bergerak bersama,   
Menangis bersama,   
Melihat bersama,   
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.  


PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ......   
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN............ ..  "

Saya dapat tulisan ini daripada email forward seorang kawan, bila dibaca dan diteliti, persahabatan sesuatu yang tidak dapat digambarkan hubungannya. Hanya bila ianya hilang baru kita merasai betapa kita perlukan persahabatan itu. Betapa kita memerlukan sokongan dari kawan kita dalam apa jua keadaan yang kita lalui. 

Saya sangat bersyukur kerana setakat ini, kawan-kawan sentiasa ada walau apa jua keadaan yang berlaku, susah, senang, gembira, sedih, mereka sentiasa ada. Semoga saya jua boleh jadi seorang kawan yang sentiasa bersama mereka susah dan senang.

Sesuatu hubungan yang murni dan kita perlu menjaganya hingga bila - bila. 

Mari kita berkawan seperti "mata". :=)


Sunday, January 29, 2012

Tukar template baru

Salam semua,

Akhirnya berjaya juga mengunnakan template baru yang telah diberikan oleh blogger Malaysia. Seperti yang pernah saya ceritakan pada awal - awal tahun hari tu tentang hajat ini. Penat juga nak buat, baru tahu susah senang nak ubah template. Ini pun dah diberikan, bukan ubah dari kosong, kalau tak mungkin belum jadi lagi kot. Dah lah terpaksa berebut laptop dgn kanak-kanak yang banyak celoteh, asyik nak tengok ultraman je di youtube.

Kalau tak diberi menangis, suara mengalahkan petir, dah bagi saya lah yang tidak boleh nak buat kerja. Ini pun kakak saya dah tidurkan si kecil tu, jadi sempat lah nak edit apa yang patut. Masih ada banyak lagi yang kena diperbaiki. Jadi bagaimana pendapat anda semua? Silalah berikan pendapat, mana yang perlu dibaiki dan disusun lagi. Saya akan cuba ubah, maklumlah tidak begitu pandai, jadi memang lambat la sikit :)

Pendapat anda saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Saturday, January 28, 2012

Santai: Jusco kini di buka di Rawang

Salam semua,

Hari cuti ini, saya berkesempatan berjalan - jalan di Jusco yang baru dibuka di Rawang. Saya pergi bersama dengan family kakak saya. Anak sedara saya yang sudah berusia hampir 4 tahun dan memang dah pandaidemand, nak tahu apa si kecil ni cakap sebelum kami keluar, "Elham nak naik kereta anjang". Saya dah rancang baik punya nak naik kereta kakak saya, alih-alih boleh pula si kecil ni tak nak.


Ikutkan saja lah, kalau tidak menangis pula nanti, lagi susah. Dia dengan gembiranya naik kereta saya, kemudian, boleh pula dia tanya mak dia " Nape mak tak naik kereta mak?, kereta mak rosak ye". Kanak - kanak sekarang...macam - macam. 


Jucso ini besar dan ada hampir 100 lot kedai di dalamnya. Nanti akan ada juga TGV yang bakal dibuka. Jom layan gambar - gambar yang saya ambil tadi.

Inilah kanak - kanak yang banyak celoteh tu :)

Kedai - kedai menjual makanan, sushi, ayam pangang
dan macam - macam lagi.

Ada replika Ikan...si kecil tu siap nak masuk dalam 
pagar tu lagi.


Sempena sambutan Tahun Baru Cina

Jenguk - jenguk nak masuk, tapi perlu ada resit belian 
RM50 ke atas baru boleh masuk.

Kami naik lif, keluar terus nampak kedai ini,
memang kena masuk. Tak boleh lari.

Dapat pegang pun jadilah.


Lif di Jusco..comel kan


Dah penat, berenti tengok TV jap.


Untuk makluman, parking di Jusco ini dikenakan bayaran RM1. Kepada yang ada Jusco Card, ada diskaun. Jadi kepada penduduk - penduduk di sekitar Rawang boleh lah berkunjung ke Jusco ini. Sudah dibuka sejak bulan 12/2011.


Thursday, January 26, 2012

Santai: BBQ sempena cuti Tahun Baru Cina

Salam semua,

Bagaimana anda semua menghabiskan cuti panjang sempena tahun baru cina? Saya seperti dapat hadiah kerana cuti tersebut sangat bermakna setelah hampir 3 minggu tanpa cuti yang sebenar. Semua masa digunakan untuk mentelaah pelajaran, hadir ke kelas, kerja dan menyiapkan tugasan. Cuti ni tiba tepat pada masanya, lepas saja tamat peperiksaan, terus bergerak balik ke kampung. 


Sampai di kampung, rasa macam nak baring je, nak lepaskan penat yang dah terkumpul selama 3 minggu ni, tapi mana boleh kan...nanti mak cakap 'agak...agak lah nak rehat pun'. Jadi pada ahad pagi tu, bermula lah projek memotong ayam ...banyak tak banyak 4 ekor juga ayam yang dipotong. Kemudian, setelah siap dipotong, dibasuh dan ditoskan, maka ayam-ayam tadi diperap dengan rempah ratus seperti bawang, serai, jintan, madu, sos tiram, sedikit lada. 


Bila tiba time nak perap ayam ini yang tak tahan, sila baca dialog di bawah:

Intan: " Jangan letak madu, intan tak boleh makan"
Pak Cik: " Ok, kita tak payah letak madu dekat kaki dan leher ayam je. Jadi leher dan kaki ayam je lah Intan boleh makan"

Intan: (Terus menarik muka masam 14 inci)....hahahhaha...(nanti kan sambungan selepas ini)

ayam yang sudah diperap....macam sikit je.


Ayam diperap selama beberapa jam, malam tu lepas maghrib baru mula membakar. Ada juga makanan sampingan seperti nasi goreng, buah limau mandarin, tembikai  dan air oren. Sementara menunggu ayam siap dibakar, makan dulu buah tembikai, mata masing-masing aim dekat ayam tu, bau yang semerbak, memang tak sabar dah nak makan ni. Apa yang jadi seterusnya, anda pun boleh agak, masak je seketul ayam ...seketul hilang, pinggan bekas nak letak ayam yang sudah dimasak tu ibarat persinggahan sementara saja. Letak hilang, letak hilang. ....akhirnya...tukang bakar pun angkat tangan, serah tugas. Kalau macam ni, sampai sudah dia tak dapat makan...hehehehe. 

ayam yang tengah dibakar.


Ini pula dialog Intan apabila ayam dah siap dibakar:-

Intan: "Intan boleh makan la ayam yang ada madu ni, yang kaki dan leher pak cik makan lah"
Pak Cik: " Intan cakap tadi tak boleh makan madu?"
Intan: "Dah tanya mak, mak cakap boleh makan madu".

Jadi malam tu, kami sekeluarga makan ayam bakar, sambil borak - borak bersama keluarga. Seronok sekali sekala berkumpul bila cuti begini. 

Bekas ini memang tak pernah penuh..:)

Sekotak limau mandarin untuk dimakan

Chef dan tukang bakar bekerjasama menyediakan hidangan




Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday 14 - Original ke tak?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 22, 2012

Exam dah habis!!!




Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya saya telah selamat menempuh peperiksaan akhir dengan baik. Jadi bermula lah cuti semester selama 2 minggu. Bagaimana pun disebabkan saya bekerja, jadi tak de lah cuti pun...heheheheh. Tapi takpe...masih ada cuti CNY selama beberapa hari, jadi boleh lah berehat dikampung bersama keluarga.

Semoga segala usaha akan membuahkan hasil, doakan semoga saya dapat keputusan yang baik seperti 'A' dalam setiap subjek yang saya ambil. :)



Saturday, January 21, 2012

Santai: Gambar sekitar Majlis UKM Leadership Series Talk

Salam semua,

Hari ini hanya sempat berkongsi gambar sekitar majlis UKM Leadership Series Talk. Nanti saya akan buat satu entri berkongsi ilmu yang saya dapat sepanjang majlis ini. Nantikan nya !!!









Sedikit maklumat berkaitan dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, speaker pada majlis ini:-

He was formerly President & Chief Executive of Johor Corporation (JCorp), and had been CEO for more than 28 years (since January 1, 1982).

Over that period, with the combined effort of JCorp’s team of Group Entrepreneurs, (or Amanah entrepreneurs) JCorp has grown into one of Malaysia’s leading corporate entities with market leadership positions in several strategic businesses.

Tan Sri Muhammad Ali is also the Deputy President of the Malaysian Islamic Chamber of Commerce (MICC); Chairman, Corporate Bureau of MICC; and Chairman, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (previously known as Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad). Waqaf An-Nur Corporation Berhad is a company established under limited guarantee by JCorp. 

Waqaf An-Nur was to entrusted with managing all of the PLC equity shares that had been transferred from JCorp on 3rd August, 2006. During this historical moment, JCorp had transferred RM200 million worth of quoted shares (on net asset value basis) to Waqaf An-Nur Corporation Berhad. This was the first step in an incremental process of transforming JCorp into the world’s first “Waqaf Corporation”. JCorp’s Waqaf Corporation concept is a key institutional strategy towards making a success of its corporate mission of “Business Jihad”.

Wednesday, January 18, 2012

SAYA SUKA BLOGWALKING BERSAMA AKU BUDAK KAMPUNG.

Salam semua,
Dalam sibuk - sibuk menyiapkan tugasan dan ulang kaji, sempat lagi menaip entri ini sebab saya telah ditag oleh Wakiwa untuk menyertai satu segment "SAYA SUKA BLOGWALKING BERSAMA AKU BUDAK KAMPUNG".

Saya pun dengan semangat menyokong blog-blog lain cuba menyiapkan entri ini. Cara untuk menyertainya senang sahaja. Hanya perlu meletakkan banner di bawah dalam entri ini dan membuat satu slogan.


"Saya suka berblog walking kerana saya mendapat pelbagai sumber inspirasi dalam setiap blog yang lawati, berkenalan dengan ramai blogger - blogger baru dan lama, berkongsi maklumat tentang bermacam - macam maklumat terkini, tips berblog & kisah kehidupan ."

Jadi saya nak tag hikariee untuk menyertai GA ini. Hikariee...jom join :)






Wordless Wednesday 13 - 6666

Tuesday, January 17, 2012

Santai: Tapi Bagaimana

Tajuk : Tapi Bagaimana

kau buat teruja
kau buat tertawa
terbit rasa tersembunyi dihati
hingga rasa cemburu
seperti pasangan kekasih
yang hangat bercinta

yang tak sanggup berpisah
walau hanya sekejap
aku sangat merindui kau
senang sekali kau ada

tapi bagaimana 
nak ku kata padanya
dia yg ada seperti tiada
dengan dia cinta jadi sebuah ritual
haruskan aku kejam demi rasa
tolong lepaskan ku dari sensara ini

dia bukan tak cantik
dia bukan tak baik
hanya kekosongan yang ada
disudut hatiku tak bisa diusik
hingga cinta jadi kelabu

tiada yang nak gaduh
tiada yang nak tentang
hingga rasa menjadi kering kontang


tapi bagaimana 
nak ku kata padanya
dia yg ada seperti tiada
dengan dia cinta jadi sebuah ritual
haruskan aku kejam demi rasa
tolong lepaskan ku dari sensara ini 

Saya suka lagu ini, sebab tu berkongsi lirik dengan siapa-siapa yang juga menyukai lagu ini. 



"p/s: update entri santai-santai saja, sebab tidak dapat nak fokus untuk mencari idea, sebab dalam proses buat tugasan berkaitan pemimpin."



Sunday, January 15, 2012

Masanya sudah tiba

Salam semua,
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, nampaknya masa sudah semakin mencemburui saya. Hanya tinggal seminggu lagi sisa-sisa masa yang ada sebelum semuanya berakhir. Sisa-sisa masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikan beberapa lagi tugasan yang belum lagi siap sepenuhnya. Apa yang bakal tiba? Mesti anda tertanya-tanya. Mungkin bukan perkara penting untuk anda, tapi sesuatu yang penting untuk saya, iaitu final exam untuk semestar pertama. 








Final exam akan berlangsung pada 21/1/2012 ini, satu hari sahaja dan ada 2 kertas soalan yang perlu dijawab. Jadi sementara saya terus berusaha disini, harap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya melalui final exam ini. Segala perkara yang masih lagi tertangguh diblog ini, harap dapat disambung semula setelah tamat peperiksaan ini nanti. Saya perlu lebih menumpukan kepada peperiksaan, jika lambat menjawab komen anda, harap dimaafkan. 


Akhir kata, doakan saya ye kawan-kawan :). Doa kalian amat dihargai dan diucapkan terima kasih.



Friday, January 13, 2012

Pelajar dan perpustakaan - baru betul

Salam semua,

Sudah beberapa bulan bergelar pelajar semula. Agak kekok pada mulanya, yelah dah lama tak pergi kelas, dengar pensyarah mengajar, buat tugasan, jawab soalan kuiz dan buat projek berkumpulan. Semua ini dah lama ditinggalkan, sudah lebih 5 tahun yang lalu. Bila sudah bekerja, sebenarnya secara tidak langsung semua ini ada lagi dipraktikkan cuma dalam bentuk yang lain. Kalau buat kerja pun mesti berkerjasama dengan orang lain kan, jadi itu pun lebih kurang macam projek berkumpulan.


Apa lah saya dah merepek ini, sebenarnya cuma nak berkongsi kali pertama ke perpustakaan semula. Dah lama betul tidak menjejakkan kaki ke perpustakaan Tun Sri Lanang UKM ini. Kebetulan hari isnin lepas, saya ambil cuti separuh hari untuk menghadiri majlis di UKM. Lebihan masa yang ada saya pun pergi menjengah ke perpustakaan. Memang ada buku yang hendak di pinjam.


Jadi terus mencari tajuk buku yang dikehendaki, cari buku di raknya dan pinjam menggunakan sistem layan diri. Sambil - sambil tunggu kawan cari buku - buku mereka, sempat snap beberapa keping gambar dalam perpustakaan ini. Rasa macam nak jadi pelajar sepenuh masa pulak. Seronok duduk kat perpustakaan ni rupanya. Kenapa dulu tak pernah rasa macam ini. 

Tidak perlu ke perpustakaan awal sangat, 
mereka nak kemas buku dulu.

Cari dimana buku yang anda cari tersembunyi 

Lepas dah penat cari buku, boleh rehat sebentar 
menonton TV.

Luaskan perpustakaan Tun Sri Lanang ni



"Sejak jadi pelajar kembali, cuba berusaha untuk merapatkan diri dengan perpustakaan kembali".

Thursday, January 12, 2012

Dato Siti Nurhaliza di History Channel

Salam semua,



Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi no. 1 di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi yang ditemui bakatnya dalam satu pertandingan nyanyian anjuran RTM. Lagu pertama beliau iaitu 'Jerat Percintaan' telah melonjakkan namanya dalam persada seni suara di Malaysia. Lagu ini juga muncul juara dalam rancangan Juara Lagu pada tahun 1996. Selepas kemenangan ini, beliau terus mendaki tangga satu persatu dalam bidang seni. Banyak juga gosip - gosip yang tidak menyenangkan tentang beliau, tapi semua itu nampaknya tidak mampu menggugat kedudukannya dalam industri seni. 

sumber: google search


Cuba lihat sehingga hari ini, masih kukuh berada di hati peminat. Secara jujurnya, saya tidak pernah berjumpa atau pun mendengar Siti menyanyi secara langsung (sebab memang tidak pernah berkesempatan untuk pergi mana- mana konsert atau persembahan beliau). Ada kawan - kawan yang pernah mendengar Siti menyanyi secara langsung berkata, suara beliau memang sangat merdu dan boleh meremangkan bulu roma kalau kita mendengarnya. Tidak hairan lah kalau tengok di TV, peminat - peminat di stadium atau studio seperti histeria melihat Dato' Siti menyanyi.


Setelah hampir 17 tahun dalam bidang nyanyian, malam ini akan ada satu rancangan khas untuk beliau di History Channel - Astro. Kepada pelanggan - pelanggan Astro jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ini. Diterbitkan semperna dengan hari lahirnya yang ke -33 tahun. Kalau dilihatkan, ada beberapa ciri persamaan antara Dato' Siti dan saya. Ingin tahu apa persamaanya...sila baca selanjutnya :)

1) Kedua - duanya berasal dari Pahang



2) Kedua - duanya seorang wanita

3) Dato' Siti sudah banyak mencipta kejayaan, saya bakal mencipta kejayaan (harap-harapnya)


Maklumat dibaca daripada Kosmo! Online - Artikel Penuh

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday 12 - Terasa di Hong Kong


Tuesday, January 10, 2012

Harvard Business School dan GSB UKM

Salam semua,

Semalam saya telah menghadiri satu acara atau talk tentang Entrepreneurship dan SMEs Development. Apa yang menarik acara ini merupakan kerjasama antara Harvard Business School dan GSB UKM. Terdapat beberapa pelajar daripada Harvard Business School telah datang ke UKM semalam. 

Acara ini tidak lama hanya mengambil masa kira - kira 2 jam sahaja. Apa yang telah dibincangkan semalam berkaitan bagaimana Harvard dan UKM boleh bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai entrepreneur dan memberi pelajar - pelajar lebih maklumat dan penjelasan tentang entrepreneurship. Acara semalam dihadiri oleh pelajar - pelajar Master dari UKM dan wakil dari Harvard. Di bawah saya kongsikan beberapa gambar menarik sekitar majlis ini.










Diharapkan kerjasama antara Harvard dan GSB UKM dapat membantu pelajar - pelajar yang berminat untuk menajadi seorang entrepreneur di masa hadapan.



Monday, January 9, 2012

Peristiwa Gunung Merapi

Salam semua,

Masihkah anda ingat peristiwa yang berlaku lebih kurang setahun lalu di Indonesia. Peristiwa yang pasti akan terus melekat dalam minda mereka yang menjadi mangsa. Gunung Merapi merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif. Tahun lalu gunung ini telah meletus dan mengeluarkan debu - debu yang telah mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada masyarat yang tinggal disekitanya. Satu kemusnahan yang dahsyat, ramai rakyat yang terkorban, ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang mengalami kerugian disebabkan binatang ternakan mereka mati. Ada juga yang menanggung kerugian disebabkan kemusnahan rumah tempat tinggal dan kebun - kebun sayur mereka.

sumber: google search



Kemusnahan harta benda memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga, peristiwa hitam ini mastinya menjadi satu detik yang tidak dapat dilupakan. Ketakutan semasa letusan itu berlaku, hanya mereka yang menyaksikannya dapat merasai ketakutan tersebut. Mungkin bagi kita di Malaysia, kita hanya dapat menyatakan rasa simpati dan menghulurkan bantuan untuk mereka yang masih hidup. Tidak banyak yang dapat kita lakukan, cuma berharap mereka yang menjadi mangsa akan lebih tabah meneruskan hidup. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa ahli keluarga yang telah pergi tiada galang gantinya.

Sudah setahun peristiwa itu berlalu, bagaimana agaknya keadaan perkampungan disekitar Gunung Merapi sekarang. Banyak yang telah berubah dan mereka telah meneruskan kelangsungan hidup di sana. Saya hanya berkongsi rasa setelah membaca rencana utama di Kosmo Online. Mungkin ada diantara kita sudah melupakan peristiwa ini, tapi tidak bagi mereka disana. Rencana lanjut di Kosmo! Online - Rencana Utama

RM50 UNTUK DIMENANGI !!! LUCKY DRAW Sempena Promosi JerseyMalaya, JOIN SEKARANG!









Salam Sejahtera, Untuk pengetahuan anda semua, hari ini 6 Januari 2012 merupakan hari pembukaan http://jerseymalaya.blogspot.com

Bersempena dengan pembukaan ini, JerseyMalaya telah mengadakan Cabutan Bertuah. Hanya Bloggers sahaja yg berpeluang untuk menyertai, langkah-langkah untuk turut serta yang sangat Mudah!
Cuba nasib anda, mana lah tahu anda terpilih.
Jersey Malaysia Untuk Dimenangi!




HANYA 3 LANGKAH UNTUK SERTAI

  1. FOLLOW Blog http://jerseymalaya.blogspot.com/
  2. Klik 'Like' juga di http://jerseymalaya.blogspot.com/
  3. COPY Text di dalam Text Box di JerseyMalaya, Paste dan Post di Blog anda mengenai Cabutan ini.Beri Link kepada Entry anda di 'Comment'.

Cabutan akan dibuat pada 6 Februari 2012. Pemenang adalah berpandukan Followers, Facebook Like, dan Entry di Blog anda.


Blogger yang bertuah akan menerima Wang Tunai RM50 daripada JerseyMalaya.


Sekian, Terima Kasih.

Jom sertai ramai - ramai GA ini.

Sunday, January 8, 2012

Proses mengubah template blog.

Salam semua,

Hari ini saya cuma ingin memberitahu bahawa saya dalam proses  mencuba template yang sudah di customize oleh AriffShah. Saya sedang mencubanya di satu lagi blog lain, tapi baru saya tahu bahawa bukan senang nak baca HTML code ini. Beliau dah siap bagi panduan macam mana nak guna template ini, tapi saya masih lagi tak lepas nak buat. Jadi masih sedang berusaha untuk menggunakan template tersebut. 


Jadi kalau anda berminat untuk mencuba template ini, sila berhubung dengan tuan punya template di sini. Kita kena jaga hak milik orang lain. Sila la meminta kebenaran dengan tuan punya template. Akhir kata saya akan terus berusaha untuk menjayakan misi ini. Mungkin akan mengambil masa lebih sikitlah memandangkan saya memang tidak pakar dalam coding - coding ini.

Inilah rupa blog yang belum jadi...sedang cuba
mencari dimana kesilapan yang saya buat. 

Saturday, January 7, 2012

Baucar Buku 1Malaysia kini sudah dimiliki.

Salam semua,

Nampaknya hari ini UKM telah bermurah hati membuka kaunter untuk pelajar - pelajar separuh masa di Kolej Tun Syed Nasir. Kaunter ini membolehkan kami mengambil baucar buku 1Malaysia yang bernilai RM200. Untuk pengetahuan, kementerian tidak mengeluarkan apa - apa senarai kedai buku yang menerima baucar ini. 


Menurut petugas yang menjaga kaunter pagi tadi, sebelum membuat bayaran menggunakan baucar ini di mana - mana kedai buku, eloklah sekiranya bertanya dahulu kepada mereka sama ada mereka menerima baucar ini atau pun tidak. Seperti yang diberitahu oleh kementerian, baucar ini boleh digunakan dimana - mana kedai buku, tapi sebagai langkah berjaga - jaga, sebaiknya kita bertanya dahulu. Inilah rupanya baucar buku 1Malaysia. 




Kepada yang layak dan belum mengambil baucar anda, silalah berbuat demikian kerana baucar ini hanya boleh digunakan sehingga 31/3/2012.


Syarat - syarat penggunaan baucar buku 1Malaysia:-
1) Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai
2) Baucar ini tidak boleh ditukar milik
3) Baucar ini tidak sah jika tidak ada cop rasmi Sekolah/Kolej/Universiti
4)Baucar ini adalah hakmilik Kerajaan Malaysia


Update: Baucar boleh digunakan di mana - mana kedai buku. Maklumat lanjut Baucar Buku 1Malaysia

Pengalaman kena denda di sekolah

Salam semua,

Entri kali ini, saya ingin berkongsi kisah duka sepanjang perjalanan saya sebagai seorang murid beberapa tahun yang lalu (lebih dari 15 tahun yang lampau).Secara jujurnya, saya seorang murid yang sentiasa patuh kepada undang - undang dan boleh dikategorikan 'budak baik'. Kadar kebaikan saya itu memang terserlah sehingga ada dikalangan kawan - kawan saya buat satu kempen yang bertajuk "Senyap selama 5 minit macam Ros". Kira memang habis baik lah. Jadi macam mana budak baik macam saya boleh kena denda.


muka budak baik....


Erm...kalau difikirkan memang tak logik kan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya tempuh, sebaik - baik saya akhirnya tetap kena denda juga. Saya perasan akan sesuatu yang unik pada diri ini, iaitu bila saya buat salah sekali saja, pasti akan terus kena balasan, kalau orang lain buat salah beberapa kali pun tetap terlepas.

Sepanjang saya bergelar murid sekolah, seingatnya ini ada satu peristiwa yang memang mencengkam dalam memori otak saya ini. Tak kira macam mana pun, tetap tak boleh lupa.

Kisah pertama terjadi masa saya di sekolah rendah, masa tu ditahap 3. Saya takdelah nakal sangat pun, cuma kesilapan yang saya lakukan adalah tidak menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberi oleh cikgu. Memang silap banyak lah, sebab cikgu ni terkenal dengan rotan halusnya. Kalau buat salah memang takde ampun dah dari cikgu.


Secara jujurnya serius saya tak ingat kenapa saya tak siapkan kerja sekolah cikgu tu. Tak tahu macam mana boleh pulak tertinggal kerja rumah Matematik ni. Dulu - dulu, semua kerja sekolah bergantung kepada diri sendiri. Mak takde masa nak tengok dah siap ke belum semua kerja tu, kiranya memang mak percaya 100% kepada anaknya ini. Memang tak terniat pun tak nak buat kerja sekolah tu, cuma mungkin dah takdir nak jadi glamer hari tu.

Seperti yang dijanjikan, bila cikgu masuk saja ke kelas, perkara pertama yang dia nak semak semestinya kerja sekolah semalam. Dengan hati yang berdebar - debar, sambil fikir - fikir idea apa nak kelentong cikgu ni. Bila cikgu sampai je kat meja, mulut ini diam seribu bahasa, hanya buku itu yang mampu berkata - kata. Cikgu tak tanya banyak, terus cakap "angkat tangan". Perlahan - lahan tangan diangkat dan ......zassssss....libasan rotan mengenai tanganku yang comel ini. Oh...budak baik dah kena rotan.


yang warna hitam tu gambaran kasar rotan yang 
digunakan oleh cikgu...sakit oooo
kena rotan...huhuhuhu


Pengajarannya, sejak hari itu, saya akan periksa setiap kerja sekolah 2-3 kali untuk memastikan semua kerja sekolah siap. Tidak mungkin akan ku biarkan peristiwa itu berulang kembali.


Sekian, begitulah kisahnya...harap menjadi pengajaran kepada murid - murid sekolah yang lain.


Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan olehAhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.comLelakiAcai.comOhbukuAbrablog.com dan PanduanTNX.com

Friday, January 6, 2012

Pernah dengar "Info Terlaris Masa kini" ?

Salam semua,

Pernahkah anda mendengar tagline "Info Terlaris Masakini"? Apa yang anda fikirkan dan dapat dibayangkan apabila anda terbaca atau terlihat tagline tersebut? Bagi saya tagline ini membawa maksud yang sangat luas. Ada berbagai - bagai jenis informasi yang boleh kita dapati daripada internet. Taip saja apa juga perkataan dilaman carian pasti akan muncul berbagai - bagai maklumat, apa yang perlu kita lakukan adalah menapis maklumat tersebut, jangan terus percaya seratus peratus.Begitulah hebatnya dunia maklumat sekarang, semua di hujung jari kita sahaja. Tidak ada lagi istilah katak bawah tempurung.


Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua tentang sebuah laman blog dengan tagline "Info Terlaris Masakini". Blog ini milik seorang budak nakal yang sangat bijak menggunakan kreativitinya sebagai seorang designer. Pertama kali melawat blog ini, tema warnanya sangat ceria, beserta dengan wigdet - widget comel yang dicipta sendiri oleh pemiliknya. Pada masa itu, blog ini masih menggunakan blogspot sebagai platform, tetapi kini telah maju setapak lagi dengan menggunakan domain sendiri. Kagum dan sangat seronok kerana makin ramai blogger - blogger melayu yang berjaya. Harap suatu hari nanti, saya juga boleh seperti mereka, mempunyai domain sendiri.


Budak Nakal banyak menyajikan pengunjung blognya dengan pelbagai jenis info - info terkini sama ada dalam dunia hiburan atau pun berita - berita semasa. Apa yang paling penting, setiap entri yang disajikan memberi maklumat kepada pembaca yang dahagakan informasi. Setiap hari pasti ada entri terbaru untuk tatapan pengunjung setiap blog ini. Pada saya, tagline yang digunakan dapat mencerminkan isi kandungan blog tersebut.


Apa kata anda sendiri pergi menjelajah ke blog ini di Budak Nakal. Entri ini dikarang semperna giveaway Info Terlaris Masakini. Jika anda berminat untuk menyertainya, sila klik banner di bawah.


Mari kita lihat video promo dari Budak Nakal



Giveaway Info Terlaris bersama Sponser AyeshaBizWorld dan  amirastudios.com

Apa yang wajib ada menjelang Tahun Baru Cina

Salam semua,

Cuba anda fikirkan, apa yang akan ada atau akan muncul apabila hampir menjelang Tahun Baru Cina. Jeng...jeng...jeng

Thursday, January 5, 2012

Voucher RM200 untuk Pelajar IPTA


Salam semua,

Pagi tadi terima email dari UKM menyatakan yang voucher buku bernilai RM200 sudah boleh diambil di UKM. Tersenyum lebar bila baca email ini, memang ada beberapa buah buku yang ingin dibeli. Jadi boleh lah menggunakan voucher ini untuk membeli buku - buku tersebut. 



Maklumat lanjut: Voucher Buku 1Malaysia

Marilah kita menggunakan voucher ini secara berhemah, mengikut tujuannya dilaksanakan.

Hotel Ais


Salam semua,

Pagi - pagi ini buka kosmo online dan jumpa satu artikel berkaitan Hotel Ais di Belanda. Hotel ini merupakan hotel ais pertama yang dibina di Belanda. Jadi anda tidak perlu ke kutub utara untuk merasai pengalaman tidur dalam iglu. Pergi sahaja ke Belanda dan menginap di hotel ini. Kepada anda yang bercadang untuk menginap di hotel ini, anda perlu membuat persediaan sama seperti jika anda ingin ke kutub utara. Pastikan baju panas, seluar , sarung tangan dan topi disediakan secukupnya atau anda mungkin akan kesejukan.

Wednesday, January 4, 2012

Pencarian BlogList terhebat JANUARI


Salam semua,

Entri kali ini semperna segmen "Pencarian Bloglist terhebat Januari". Saya telah ditag oleh tuan punya kedai antivirus untuk menyertai segmen ini. Tanpa membuang masa, saya terus menaip entri ini. Segmen yang menawarkan peluang untuk blog kita tersenarai dalam blog list lurvezzera selama sebulan sekiranya terpilih. Syarat - syarat penyertaan seperti dibawah:


#1 Follow blog saya INI*terpulang tiada paksaan.
#2 Buat satu entry bertajuk "Pencarian BlogList terhebat JANUARI"
#3 Letak banner di atas
#4 Letak link entry korang dekat komen entry ini.
#5 Tag kawan2 *suka hati, tiada paksaan
*tarikh tutup bergantung kepada jumlah peserta
**kalau peserta tak lebih 15 orang automatik segmen terbatal

Siapa - siapa yang berminat boleh sertainya, serius tak tahu nak tag siapa...:)

Wordless Wednesday 11 - Pentingkan Diri Sendiri

Tuesday, January 3, 2012

Segmen YY | Mengapa saya berblogging

Info lanjut : klik sini

Salam semua,

Ini ada lagi satu segmen menarik, iaitu "Segmen YY | Mengapa saya berblogging".  Saya ditag oleh kakak cantik untuk berkongsi sebab saya berblogging. Kalau tidak di tag, mungkin saya tak tahu juga segmen ini.

Jadi cerita saya berblog bermula apabila saya bertukar kerja baru pada tarikh 3 Jan 2011. Hari ini genap setahun saya bekerja di syarikat tersebut. Mula - mula saya berblog disebabkan saya berasa bosan, ialah mula masuk kerja, mana dapat tugasan lagi. Asyik pula suruh baca manual untuk fahamkan sistem. Disebabkan kebosanan yang melampau, saya pun buat blog ini. Diajar oleh seorang kawan yang sudah ada blog sendiri (adik comel).


Pada awal menulis di blog ini, memang tujuannya untuk meluahkan rasa kebosanan, ingin menjadikan seperti diari sehari - harian, tapi lama - kelamaan saya sendiri bosan berblog. Pada masa itu saya memang tidak ada kenal mana - mana blogger lain. Kalau anda perasan, saya berhenti update blog saya pada bulan 5. Itulah bila buat sesuatu tanpa tujuan yang betul, tanpa pengetahuan, akhirnya dibiarkan begitu sahaja.

Jadi sekarang saya berblog kerana saya sudah jatuh hati kepada dunia blogging ini. Sekarang sehari tidak buka blog atau tidak melawat blog - blog kawan lain, rasanya tidak lengkap. Bila sudah berblog secara betul, baru dapat menikmati keindahan dunia blog itu. Mengapa saya berblogging....sebab saya suka blog. :)


Di sini saya ingin mengajak KKO dan Niena kerana saya pun berminat hendak mengetahui mengapa anda berdua berblogging.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia