Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday 6 - Ultra

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Salam semua,


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H untuk semua umat islam. Seperti yang kita semua sedia maklum, Muharam merupakan permulaan bulan bagi tahun islam. 1 Muharam sama seperti 1 Januari bagi kalendar masihi. Kalendar hijrah diambil semperna dengan peristiwa hijrah Rasullulah dari Makkah ke Madinah. Hijrah telah menjadi titik tolak perkembangan islam di seantero dunia. 


Marilah kita mengambil pelajaran dan pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah tersebut. Semoga kita semua akan dapat berhijrah kepada satu tahap yang lebih baik dalam hidup kita.


-- SALAM MAAL HIJRAH 1433 --

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday 5 - Menu

Monday, November 21, 2011

macaron yang enak...dari Yanmieonline.com

Salam semua,

Dah petang - petang ni perut terasa lapar...persoalan wajib muncul di kotak fikiran...."apa nak dimakan ni??" Erm...lagi pun suasana yang sejuk lebih menambah rasa lapar diperutku ini. Dalam blog Yanmieonline.com terpapar gambar Macaron...ah...dah terbayang keenakannya andai Maracon ini dapat masuk ke mulut....sedappppnyerrr...

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


Jom bantu beliau untuk menang gadjet impian...dah secara langsung kita dpt menikmati Macaron yg sedap ni

contest komen & menang di puanbee.com

 Salam Semua,



aku sebenarnya tengah menghitung masa untuk balik dari pejabat....dah tak larat nak wat keje. Kepala dah mengantuk, nak tidooo...jadi sambil - sambil aku menunggu tu, aku pun buat aktiviti biasa ...iaitu blog walking. Kebanyakan blog hari ni cerita pasal perlawanan bola Malaysia vs Indonesia malam nanti. Erm tak sabar jugak ni nak tengok...semangat berkobar - kobar dan dalam hati berdoa semoga Malaysia beroleh kejayaan. 


Tiba - tiba aku berhenti di satu blog yang lain dari yang lain...aik....tak de cerita pasal bola, tapi cerita pasal gadjet impian iaitu Samsung Galaxy SII. Blog it tak lain dan tak bukan ...bloggg.....puanbee.com. Oleh kerana impian yang begitu berkobar - kobar, puanbee dengan baik hati telah menganjurkan contest untuk mereka yang menyokong beliau untuk mencapai hasratnye. Caranya tak susah...klik kat link dibawah untuk maklumat lanjut.



"Saya sertai contest komen dan menang khas untuk support Puanbee.com dalam perjuangan merebut Gadjet Impiannya"





Saturday, November 19, 2011

jom beli buku murah - Big Bad Wolf Book

Salam semua,

Ni ada satu jualan buku murah-murah. Untuk pembaca - pembaca buku, boleh cari buku-buku menarik kat sini.

Friday, November 18, 2011

hati yang gembira

Salam semua,

apa khabar? harap korang semua sihat sejahtera. Aku sangat gembira sekarang sebab disebabkan beberapa perkara, antaranya aku akan dapat satu penanda buku buatan sendiri daripada contengconteng. Comel penanda buku ini dan aku dapat sebab aku salah seorang yang telah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh blog contengconteng ni. Ingat tak entri aku yang bertajuk 10000 satu makna, walaupun tak menang hadiah utama, tapi tuan punya blog dan isterinya telah bermurah hati bagi penanda buku ni sebagai penghargaan untuk semua yang menyertai peraduan tu. Nak tengok macam mana rupanya sila klik sini (penanda buku).

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday 4

Tuesday, November 15, 2011

Paling ramai mengalami obesiti

Salam semua,

Paling ramai mengalami obesiti....tempat pertama di kalangan negara-negara Asia, bukan sesuatu yang membanggakan. Saya dengar tadi di radio pun dah terkejut, tidak sangka begitu teruk sekali tabiat pemakanan rakyat Malaysia.
Terus terpikir diri sendiri, macam mana tabiat pemakanan saya, sihat ke? Sebelum menunding jari ke arah orang lain, baik ditenung diri sendiri dulu, setiap kali makan ...mesti minum air manis...erm tabiat yg tidak sihat tu...kena berubah. Mengikut laporan dalam akhbar kosmo, kadar pengambilan gula seharian lebih dari yang di sarankan iaitu purata 51gram (yang disarankan 50gram).


Monday, November 14, 2011

Keajaiban Alam

Salam semua,


Aku telah baca satu laporan kat kosmo pasal tujuh keajaiban alam di dunia. Laporan ini berkaitan dengan satu yayasan New7Wonders yang telah buat satu undian untuk mendapatkan lokasi - lokasi baru yang akan diiktiraf sebagai 7 keajaiban alam sekitar di dunia. Antara tempat - tempat yang telah disenaraikan untuk undian ialah Pulau Jeju Korea, Komodo Indonesia, Hutan hujan Amazon Halong Bay di Vietnam dan beberapa tempat lain lagi. Semuanya ada 28 lokasi yang berjaya disenarikan sebagai finalist untuk diundi oleh seluruh dunia. Aku cuba mencari gambar - gambar tempat ni untuk melihat bagaimanakah keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah ini. Sayangnya tidak ada satu tempat pun dari Malaysia. 




Pulau Jeju...selalu tengok dalam drama korea....cantiknye tempat ni

Sunday, November 13, 2011

Pelajar Hujung Minggu

salam semua...

hari ni nak kongsi dengan korang berkaitan dengan buku - buku yang aku perlu baca dan dijadikan rujukan utk siapa-siapa yang ambik MBA. Setelah hampir 5 tahun meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar, agak perit jugak untuk menyesuaikan diri semula dengan kuliah, assigment, kuiz dan macam - macam lagi yang dah lama aku tak buat. Ini semester pertama aku, jadi aku perlu bertekad sekiranya ingin menghabiskan MBA ini dengan jayanya. Bukan hanya semangat yang aku perlukan (kerana semangat boleh hilang...macam lagu XPDC tu..semangat yg hilang), aku perlu lebih tekun, perlu lebih tekad dan bermotivasi tinggi untuk meneruskan pelajaran ini. Semester ini aku ambil 3 subjek iaitu kepimpinan, pengurusan organisasi dan accounting for business decision making.

Friday, November 11, 2011

terkenangkan kisah lalu

erm...bila aku tenung-tenung dan renung-renung balik, macam mana boleh terciptanya blog ni adalah disebabkan kebosanan masa aku mula-mula bekerja kat tmpt baru ni. Aku masuk keje kat tmpt baru ni january thn ni. Masa tu yelah sebagai org baru, banyak benda yang aku tak tahu. Lagipun awal2 masuk keje, cuma kena baca manual, fahamkan flow keje kat situ. Orang yang pertama jadi kawan aku kat sini ialah hikariee. Kalau bosan atau tak tahu apa nak buat, aku akan kacau dia. Satu hari tu dia bagi cadangan kat aku, dia cakap " akak tulis la blog". Erm...menarik jugak idea tu, jadi dia ajar aku buat blog guna blogspot (yang sekarang ni lah). Masa tu aku gunakan blog untuk meluahkan apa yang aku rasa, sbb aku rasa ini salah satu medium yang boleh untuk meluahkan perasaan. Kalau pendam perasaan lama - lama boleh meletup macam gunung berapi. Kan bahaya tu..



Berita Harian Online | Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

Berita Harian Online | Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

Musim banjir tiba lagi. Sungai Lembing Kuantan ni mmg kawasan wajib banjir setiap tahun sbb kawasan ni mmg rendah. Kalau korang pernah pergi atau lalu kawasan ni, rumah-rumah kat sini di bawah tebing jalan (kiranya jalan raya lagi tinggi dari rumah). Kesian dengan penduduk-penduduk kawasan ni, yang akan menghadapi banjir tiap kali tiba musim tenkujuh. Macam mana agaknya perasaan org-org kat sini, apa persediaan mereka untuk mengadapi musim banjir.

Aku ada seorang kawan, orang kedah dan rumah dia pun dah 2 tahun berturut-turut dinaiki air. Daripada cerita dia, apa yang diorg lakukan kalau tiba musim tenkujuh ialah masukkan semua barang-barang dalam kotak plastik dan letak atas para. Kat rumah dia mmg ayah dia dah buat para tinggi-tinggi sebagai tempat untuk simpan barang-barang ni. Cuma perabot-perabot seperti sofa, katil, meja makan itu semua mmg tidak dapat diselamatkan la. Tiap kali hujan, diorg mesti berdebar-debar, yelah takut air naik. Bila air dah start naik, cepat je, tak tunggu dah, masa tu apa yang penting selamatkan nyawa dulu.



Aku sendiri tak pernah melalui pengalaman banjir ni, so aku cuma boleh bayangkan je. Korang pernah melalui ke pengalaman kena banjir?? Ce citer.



Thursday, November 10, 2011

berita baik vs berita tidak berapa baik

salam semua,

hari ni aku terima 2 berita iaitu berita baik (sebelah pagi) dan berita kurang baik (sebelah tengah hari).
Untuk berita baik tu - aku dapat seorang lagi anak buah, tahniah kat abang aku dan isterinya yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki pukul 3.40am. Jadi aku tidak sabar - sabar untuk melihat bayi yang baru dilahirkan ni. Harapnye minggu depan dapat turun ke JB untuk melawat mereka. Semoga kedua-duanya dalam keadaan sihat sejahtera.

Selepas balik dari makan tengah hari, baru je sebentar tadi, aku telah membaca satu email, iaitu big bos yang baru akan mula masuk kerje minggu depan. Itu tak pe lah lagi, yang tak berapa nak best tu .....beliau akan duduk dekat dengan tempat duduk aku...oh....tidah dapat digambarkan perasaan aku sebaik sahaja membaca email itu. Oh...tidak!!!!!!!!. Dengan ini, kebebasan yang dirasai selama ini mungkin akan lebih terbatas. Boleh kah aku menghadapi hari-hari akan datang ni. Hanya Allah yang tahu.Doakan aku terus tabah ye.


p/s: aku sebenarnya nak letak gambar, tapi tak de gambar yg sesuai untuk menggambarkan perasaan ini.

~~ Happy + A bit sad ~~

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

                                 
Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Saya nak Samsung Galaxy S II sebab nak beli sendiri tak mampu, harganya sangat mahal, hanya mampu memandang dari jauh. Bak kata orang macam melihat bintang di langit, nak gapai tangan tak sampai.

Saya nak Samsung Galaxy S II sebab anak-anak sedara yang masih belajar pun dah guna smart phone, walaupun bukan Samsung Galaxy S II, tapi tetap smart phone. Bagaimana dengan saya yang dah bekerja, itulah bekerja tak menjamin seseorang itu mempunyai wang yang banyak.Sebab itu saya nak giveaway Samsung Galaxy S II ni.

Saya nak Samsung Galaxy S II sebab belajar dan bekerja dalam bidang IT, tapi pasal gadget-gadget ni tak up to date langsung. Bila keluar makan dengan kawan-kawan semua pakat keluar smart phone dan mula ber'tweet' dan ber'facebook'. Tinggallah saya keseorangan dalam kesunyian. Mungkin dengan adanye Samsung Galaxy S II saya tidak sunyi lagi.

Saya nak Samsung Galaxy S II sebab ianya percuma, ianya hadiah hanya dengan buat satu entry tentang kenapa saya nak samsung galaxy S II ni.


Aku mencuba dan ingin memeriahkan lagi contest anjuran beta.my dan mynewshub ni.


~~Hidup perlu terus berusaha~~


Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday 3


keindahan...dan kedamaian...

Salam Aidiladha

Salam kawan-kawan....lama aku tak menulis kat blog ni, maklumlah cuti utk sambut Hari Raya Aidiladha. Macam mana sambutan korang semua, meriah?? Aku macam biasa je, lagipun kat kampung sekarang musim hujan..jadi tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, selain daripada duduk diam-diam dalam rumah. Tahun ni tak banyak org buat korban kat kampung aku, walaupun begitu, aku tetap dapat makan daging korban. Kadang-kadang aku pun tak faham, apa istimewanya daging korban tu? Kalau nak ikutkan taraf hidup aku ni, bukanlah dikategorikan  org yg tak pernah makan daging, tapi tiap kali tiba masa kita menyambut hari raya korban, mesti ada perasaan teringin untuk makan daging korban tu. Pelik kan....kenapa ini terjadi pada aku? Aku tak tahu la kalau korang pun ada merasakan perasaan yang sama.

Tujuan asal korban ialah untuk mengajar diri kita supaya menghargai apa sahaja yang kita sayangi, dengan berkorban kita dapat menolong orang miskin yang dalam kesusahan. Setiap kali Hari Raya AidilAdha disambut, maka ramai lah orang-orang yang bermurah hati akan menyedekahkan lembu, kerbau atau kambing untuk dibuat korban, dan daging-daging ini diberikan kepada penduduk setempat. Masa ni mmg akan ada rasa...."aku dah tak nak makan daging lagi" sebab terlalu banyak daging korban yang kita dapat. Yelah dah orang bagi, takkan kita nak menolak pulak rezeki yang datang. Tapi kenapa hanya bila tiba Hari Raya AidilAdha sahaja ramai orang yg bermurah hati muncul???? Cuba fikir..

Pernah kah kita terfikir, apakah kita hanya mampu berkorban dari segi harta benda, bagaimana kalau suatu hari nanti, kita perlu berkorban lebih dari itu? Mampukah kita berkorban? Mampukah kita melakukan seperti mana Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail? Sebenarnya, sama ada perasan atau tidak, kita telah berkorban setiap hari, setiap masa, cuma sebanyak manakah kita berkorban, itu hanya diri kita sendiri yang boleh mengukurnya.


Semoga Hari Raya AidilAdha tahun ini lebih bermakna buat kita semua, bukan hanya sekadar sambutan dan tradisi semata-mata. Setiap apa yang kita lakukan, perlu diambil pengajaran dan peringatan untuk masa akan datang.


~~Selamat Hari Raya AidilAdha~~

Thursday, November 3, 2011

10 000 satu makna

contengconteng

Entri sempena 10 000 Interpretasi contest

bila tengok kepada gambar belon yg beribu-ribu lemon ni, aku terbayangkan keceriaan zaman kanak-kanak. Dulu susah nye nak dapatkan sebiji belon, tapi aku bukan nak cerita pasal belon, aku nak cerita pasal kegembiraan yang aku dapat masa kecik-kecik dulu. Masa kecik, aku rasa bila gembira, mmg betul-betul gembira, kalau sedih tu mmg serius ye sedih bukan olok2. Tak pandai berlakon-lakon ni. Apa yang mengembirakan masa kecik dulu ialah bila hari hujan. Nak tau kenapa bila hari hujan gembira, sebab boleh mandi hujan. Zaman dulu hujan ni asli lagi, takde pencemaran, so kalau mandi hujan pun tak takut demam atau selsema. Jadi bila hujan turun...perkara pertama yg dibuat ialah minta kebenaran ibu tersayang, bila ibu bagi je...terus melompat keluar tanpa berfikir panjang. Lps tu kena ada geng baru best main hujan, jadi geng aku ialah abang aku la. Sememangnye mempunyai idea kreatif setiap kali hujan turun. Hari tu kitaorg bercadang nak buat empangan (tinggi tak cita-cita kitaorg...hahahaha). Hujan semakin lebat, jadi kena bekerja kuat untuk menyiapkan empangan. Bila empangan siap je, kitaorg buat kapal kertas dan lepaskan kapal tu, nnt bila sampai kat empangan tu, kapal tu tersekat dan kena tunggu air melimpah baru la kapal tu lepas, jadi tengok kapal siapa yg melepasi empangan tu dulu. Tapi yang tragiknye...bila ayah aku balik, kitaorg kena marah sebab menyemakkan longkang dengan tanah, "nnt tersumbat la longkang tu", terus ayah aku ambik parang dan dicantasnye empangan kitaorg tu. Jadi terkulat-kulat la kitaorg, tanpa berani berkata apa-apa (ayah aku garang tu, dia jeling je tak berani nak kata apa-apa). 

Mungkin korang tertanya-tanya, dimana relevannye cite aku dengan gambar diatas, meh sini aku jelaskan:-

1) Belon yang berwarna-warni tu dan terbang ke awang-awangan - menggambarkan kegembiraan aku bila mak bagi kebenaran main hujan. 

2) Kucing dengan budak lelaki tu - mewakili aku dgn abang aku yg kamcing

3) Selipar yang terjatuh - ibarat kitaorg yg terkulat-kulat bila empangan tu dimusnahkan, tanpa boleh berkata apa apa, tengok je. Tidak dapat diselamatkan lagi.


Lebih kurang cam tu la aku mentafsirkan gambar tu ikut pada pandangan aku.

Ok, itu je la cerita aku di zaman kanak-kanak dulu, harap korang terhibur.

Wednesday, November 2, 2011

kisah sebiji kelapa di tengah laut

pernahkah korang terpikir, apa akan jadi kepada sebijik kelapa yang berada di tengah laut?? Bolehkan kelapa ini terus hidup? Ke manakah haluan kelapa ni? Mengikut saja ke mana di bawa oleh arus laut, tanpa haluan dan tujuan. Begitu juga akan terjadi kepada kita sekiranya hidup tanpa arah dan matlamat hidup. Setiap orang perlukan matlamat, baru ada usaha untuk mengejar matlamat yg telah ditetapkan. Jadi apakah matlamat hidup korang semua? Erm...nak jadi kaya raya @ nak jadi seorang yg dikenali @ Hidup bahagia selama-lamanye @ berpelajaran tinggi??


boleh kah kita dapat kesemuanya sekali gus? Aku pun tak mampu nak jawab, apa yang boleh aku katakan, aku gembira dengan kehidupan sekarang, cuma sebagai manusia, kita boleh terus berusaha selagi termampu, sekali tidak bertentangan dengan ajaran agama dan selagi tidak melupakan asal usul kita. Penting jugak supaya kita sambil berusaha untuk diri sendiri, juga tidak lokek membantu insan lain yang memerlukan.

~~Life is great~~

Wordless Wednesday 2

renung-renungkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia