Friday, February 25, 2011

hari ini

assalamualaikum.....
dah lama tak update blog, aku kekeringan idea dan kekeringan gambar utk dikongsi bersama-sama. aku byk tgk blog2 org lain, tgk cam ner diorg tulis, apa yg diorg cite, gmbr apa yg diorg upload. Ni namanya kebosanan tahap kritikal, smlm lagi teruk, pagi2 mood aku dah melayan sampai mana tah, susah benor nak grap balik mood tu.....dah ptg baru mood tu dtg balik, flight delay kot...hahahahah

dah petang baru mcm busy sikit sbb ada keje nak kena buat, pagi tu tak de pulak user request ad-hoc data, dah ptg2 baru nak request, luckly aku dpt siapkan ...tp balik sedikit delay la, 15 minit lmbt dr biasa. Aku ni jenis yg on-time, klu tak de keje, dah kul 6..so balik je la. Takde nak stay back....aku rasa 8 jam kat office dah cukup, melainkan mmg ada urgent job yg nak kena siapkan. Betul tak??

Konsep aku bekerja ni senang je, masuk pagi2, dtg awal tak pe, so klu pagi2 dah ada keje, siapkan cepat2, then klu semua dah siap, so boleh balik on-time. Tak payah stay back. Keje lama dulu dah selalu sgt stay back. Kdg2 org mungkin pelik, nape aku nak balik on-time, padahal bukan ada apa pun kat rumah, org yg dah bekerluarga pun boleh stay back, ni pulak aku yg bujang, tak de commitment. Tapi bagi aku, tetap kena bagi masa utk diri sendiri kan, tak kan 24 * 7 keje je. Kena seimbangkan keje dan kehidupan peribadi. Cukup lah 3 thn aku rasa cam jd hamba kpd keje, every thing yg aku pikir mesti relatekan dgn keje, nak balik kg pun pikir, nak kena make sure aku leh access pc office klu kat kg. If anything happen, I can do from hometown. Itu dulu....sekarang aku nak tinggalkan cara hidup yg begitu, nak mulakan cara hidup yg baru...hopefully it will make my life better. Now my life is my primary plan....:)

Thursday, February 10, 2011

impian....yg tinggal impian...

Impian...aku rasa semua org ada impian start dr kecil lagi. Korang ingat lagi tak apa yg korang impikan masa kecik2 dulu. Aku dulu kecik2 masa dlm darjah 5 cam tu suka sgt dgn pokok2. Aku suka tgk rumah org yg ada byk pokok2 bunga, ada pokok bongsai, ada kolam rasa cam best yer klu dpt duduk kat taman tu, cam tenang je kan....hehehehe. Satu hari aku pun buat la keje yg agak giler jugak, aku ckp dgn mak aku boleh tak aku nak ambik pokok bunga kerta dia yg dia tanam dlm pasu, aku nak alih tanam atas tanah. Konon nak buat lanskap kat rumah aku ni. Dlm otak imagine, nak jadikan pokok bunga kertas tu sbg roundabout. Rumah aku masa tu ada satu kawasan lapang yg kiraorg leh main basikal atau lari2, ala2 cam padang lah, tp tak lah sebesar padang bola tu. tp boleh la. Mak aku ni cukup sporting, dia ckp ' ambikla'. Aku pun apa lg punya la semangat, dah la masa tu musim panas, tanah kering, boleh aku cangkul tanah kering dan keras tu nak jdkan lubang nak tanam pokok bunga kertas tu. Org lain tgk syok bermain, aku tgk baik punya kerja nak realisikan impian aku ni. Pas tu abg aku yg sulong dtg, aku sikit punya takut dgn dia, sbb dia kan garang, dia tanya aku 'Nak buat apa tu?'. Aku ckp 'Nak tanam bunga ni.'. Dia ckp lg, 'Nape nak tanam kat tgh2 padang ni?'. Yg tu aku tak jawab, aku dian je, last2 dia pun blah. Nak di pendekkan cite, aku berjaya lah tanam pokok bunga kertas tu. Dah siap tu aku pun jirus air la, nak make sure pokok tu hidup. Mmg dah senyum bangga dah ni, aku pun pikir, nnt klu motor ke, basikal ke, org yg bawak tu akan kena pusing pokok bunga aku ni la, dah jd cam roundabout ( masa tu aku tak de la tahu perkataan roundabout ni). Aku bercadang nak besarkan lg roundabout tu dgn mengangkut semua pasu2 bunga mak aku. Nak letak keliling pokok tu. Tp aku ckp esok je la buat, dah penat giler ni, dr tadi mencangkul, dah nak patah pinggang rasanya. So aku pun tinggalkan lah pokok aku tu kat situ. Dgn semangat berkobar2, esok nak smbglah projek mega aku ni. Sekali, esok balik dr sekolah, harapan aku punah, huhuhhuhuhuhuh.....pokok yg aku tanam dah kena cabut, mak aku ckp abg aku yg cabut, dia kata menyemak je tanam pokok tgh2 padang tu, susah nak lalu. Huhuhuhuhuh...sedih....tak jadi projek mega aku tu....smpi skrg impian aku nak buat lanskap kat rumah aku tu tak tercapai lg....impian yg tinggal impian...

bunga kertas mak aku tu lebih kurang cam ni lah, tp warna ungu....


konon2 nak buat ala2 cam ni la...tp ni besar sgt, aku nak buat kecik je. Skrg dah tak le nak buat, dah tak de ruang. Semua dah disimen, jad parking kereta...

Tuesday, February 8, 2011

how I feel today.

aku pun tak tahu nape otak aku ni pagi2 dah blur, tgk sql pun x paham2....mcm sama je semua, ditambah lg dgn hidung yg tersumbat, tekak yg bengkak, nak telan air pun  susah. terasa panas di dalam tp sgt sejuk diluar.......argggggggggggggggggg......tak selesa yer...apa patut aku buat ni....
keje pun mcm x de je lagi hari ni, huhuhuhhuhuhu nak kacau org, tak de org yg sesuai utk dikacau....mcm mana ni, that how I feel today. Hopefully the feeling become even better later..

kisah dulu-dulu...

semalam seharian aku berpikir, apa aku nak buat, sbb office masih dlm mood CNY. Ramai staff yg masih bercuti, aku mmg bosan tahap kritikal la...so aku pun mengenang kembali kisah2 lampau masa aku masih kecik2. Aku ni bukan budak yg aktif sgt, dr kecik mmg suka memerhatikan tingkah laku orang. Aku ingat dulu, masa aku kecik lg, tgk jiran sebelah rumah isap susu dlm botol, masa thn 80-an tu terutama budak2 kampung cam aku, tak isap susu botol, isap susu badan. Aku punya lah teringin sgt, mintak dgn mak, padahal masa tu aku dah besar jugak, dlm 4 thn, mana ada aku isap susu dah, tp sbb nmpk jiran aku tu, aku jd teringin, aaaiiiiii jenuh la mak aku nak kena belikan botol susu pulak, pas tu dia buat air milo letak dlm botol susu tu. Hahahahahaha.....bila aku dah dpt botol susu tu, aku duk lepak bawah pokok rambutan, dok tgk jiran aku tu...sambil aku menikmati air milo dlm botol...ala2 nak tunjuk botol susu baru sebenarnyer...isk tak hape2 je. Lg satu dulu masa aku kecik2, mak aku buka kedai runcit kat kg, so ada la satay ikan...aku suka giler dgn satay ni, so aku dgn abg aku akan g ambik satay ni dr kedai, bwk lari kat dapur dan makan bawah meja....baik punya port. Jap lg mak aku tgk satay tu mcm kurang je...siaplah aku dgn abg aku. Siapkan telinga je ye...get ready nak kena piyat. Rupa satay tu mcm dlm gmbr ni:-

bila dikenangkan zaman kecik dulu, mmg seronok, mcm2 jugak la yg aku buat, dulu klu musim buah, balik sekolah je terus panjat pokok rambutan, aku mmg sgt sukakan buat rambutan. Balik dah tak ingat nak makan nasi, terus cari buah rambutan, masa sekolah rendah ok lah, tp bila dah masuk sekolah menengah mak aku dah siap sound 'dah besarpanjang tu jgn duk panjat pokok je'...erm....so kenalah kurangkan aktiviti yg menyeronokkan ni. Bukan setakat pokok rambutan, pokok manggis pun aku panjat. Atas bumbung rumah pun aku pernah panjat, berkelah kat atas bumbung, giler happening...ni idea abg aku lah, kita org nak nyorok, sbb ada org sedara dtg rumah, so termpat paling ideal ialah atas bumbung, so panjat siap bawah payung sbb panas. Hahahaha.....


sekadar gambar hiasan..

Aku dulu mmg geng dgn abg aku, sbb beza umor kitaorg cuma 2 thn, so mmg boleh geng. Lagipun akak2 aku semua dah besar, beza umor jauh sgt, so tak leh nak geng.

kamcing...lebih kurang cam ni la...

Tuesday, February 1, 2011

kata hati...

aku kadang-kadang rasa pelik dgn diri sendiri, kenapa tak percaya dgn instinct ...selalunya pilihan pertama adalah jawapan yer, tp aku ttp nak cuba pilihan kedua...so akhirnya aku tahu pilihan kedua tu salah...kena u-turn balik dan ikut pilihan pertama. itulah yg jadi kat aku semlm, aku dari PJ, jalan 222 nak pegi ke kelana jaya. sbb tgk federal cam jam dan byk kete, so aku pun ikut jln ss14. Member aku cakap, klu dr opis aku tu, jumpa bulatan 5 sen, ambik kul 3, then terus je, dia kata lps tu akan jumpa sekolah tmpt dia mengajar, sekolah kampung tunku, klu x salah. Tp aku tak jumpa, aku dah start gelabah, tp ikut kata hati aku, 'jln je terus lg', tp otak pulak pikir, belok kiri kot. So aku ikut otak ye idea, dan kesimpulannya...salah. Kena u-turn dan ikut balik jln yg dikatakan oleh hati tadi....baru betul, jln terus...sampai jumpa sekolah Taman SEA, pas tu jumpa LRT taman bahagia. Dah smpi situ aku dah tahu jalan....hehehehe...klu ikut kata hati dr awal tak de la sesat. aku rasa macam dah jadi treakmark aku, g mana2 ikut jalan baru mesti sesat sikit pada mulanya, klu x sesat tak sah. Klu tak sesat for the first time, mesti second time aku sesat, tp bila dah sesat sekali, baru aku ingat jln tu...hehehehe...org skrg dah pakai navigator/google map  klu nak g mana2. Aku masih tak menggunakan teknologi tu...pasal tu asyik sesat je...

google map....sangat membantu sebenarnya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia