Saturday, December 31, 2016

Segmen Bloglisted by Misya 2017

Assalamualaikum semua.

Di hari terakhir 2016, saya nak join satu segmen menarik dari Blogger Misya.



Syarat untuk join mudah saja:

1) Follow blog Misya

2) Follow intragram Misya

3) Buat satu entri tentang segmen ini

4) Tinggalkan komen entri anda di entri segmen ini di blog Misya

5) Klik banner untuk join

Tuesday, December 27, 2016

Preloved Item untuk di jual.

Assalamualaikum semua.

Saya nak jual barang - barang dibawah. Anda boleh lihat detail di carousell atau tinggalkan komen di entri ini.

Beli minimum 2 barang saya akan bagi postage percuma. Cepat, cepat, cepat!!!. Sebelum kehabisan. 

Semua barangan ini, masih lagi dalam keadaan baik. Jangan malu, jangan segan tinggalkan komen anda sekiranya berminat dengan mana-mana barang ini ya.


carousell.com/rusazziana










UPDATE: SOLD










carousell - Jual Preloved item anda di sini

Assalamualaikum semua.

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang satu apps yang menarik - carousell. Dalam rumah kita, almari ke mesti ada barang, baju atau apa - apa benda yang kita tak nak guna. Nak buang sayang sebab masih elok kan. Jadi apa kata, barang dan baju yang masih dalam keadaan baik kita jual dengan harga yang murah.

carousell ni macam car boat sell juga, tapi ni jualan di alam maya. Mudah sangat apps ni, ambik gambar, masukkan detail seperti keadaan barang, harga dan kemudian jual! Mudah kan.





1) Download carousell apps di Google Play



2) Register account - guna akaun Facebook atau guna email anda. Mana - mana yang anda suka.




3) Ini adalah homepage selepas anda register account. Jangan lupa sila klik pada link yang carousell hantar ke alamat email untuk validation.




4) Untuk mula menjual barang - barang anda, klik pada 'sell' dan masukkan semua detail seperti di bawah. Jangan lupa ambil gambar cantik - cantik barang yang hendak dijual itu.



5) Tetapkan cara bagaimana barang yang dijual akan dihantar kepada pembeli. Anda boleh memilih untuk "meet-up" atau "delivery". Anda juga boleh berbincang dengan pembeli anda cara mana yang lebih mudah dan mengurangkan kos. 

6) Klik pada "List my item" dan barang anda sedia untuk dijual.



7) Pembeli yang berminat dengan barang anda akan menghantar mesej menggunakan fungsi yang ada di carousell apps ini. 

8) Anda sebagai penjual akan mendapat notis di email apabila ada mesej dari potential customer.

9) Bayaran pula, pembeli akan transfer duit ke akaun bank penjual. Semua bukti seperti resit perlu diberikan kepada penjual. 

Satu yang saya ingin ingatkan di sini, urusan jual beli ini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Ini bermakna, anda perlu pastikan harga adalah atas persetujuan bersama dan bayaran telah dibuat oleh pembeli.




Saturday, December 17, 2016

Crazy about books!!! BigBadWolf is the answer.

Assalamualaikum semua.

Siapa dah pergi BigBadWolf!!!! Angkat tangan...hehehehe.

Fuh....serius ramai orang dan yang paling penting serius banyak buku dan memang murah. 

Seperti tahun - tahun sebelumnya, BigBadWolf diadakan di MIECC@The Mines Shopping Mall.

Acara ini berlangsung dari 9-Dec-2016 sehingga 19-Dec-2016 dan apa yang paling penting....ianya dibuka 24 jam. Non-stop...anda boleh pergi bila-bila masa. 





Saya pergi hari Khamis hari tu pukul 9 malam. Ingatkan takde lah ramai sangat orang, tapi jangkaan saya salah. Boleh tahan ramai juga pengunjung. Cuma mungkin kurang sedikit dari hari sabtu atau ahad.

Saya balik lebih kurang pukul 11.30 mlm dan percaya atau tidak, ramai lagi orang berpusu - pusu datang.

Satu perkara yang kita boleh nampak, rakyat Malaysia ramai yang sukakan buku. Semua peringkat umur boleh datang sebab semua jenis buku pun ada.

Buku kanak - kanak, remaja, dewasa, buku masakan, bibliografi, ekonomi, motivasi, novel cinta, novel thriller dan macam - macam lagi lah.





Peminat Maze Runner, boleh dapatkan set lengkap siri ni disini. Hanya RM40 sahaja. Murah kan!!!






Banyak buku yang berharga RM12, RM10 dan RM8. Jadi, kalau siapa - siapa belum pergi boleh lah ke sini. Masih sempat lagi, hari terakhir pada 19-Dec-2016. 

Nak tahu lebih detail pasal acara ini boleh tengok di website rasmi BigBadWolf2016.


MAP to MIECC THE MINES

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia