Saturday, October 15, 2016

Online Photo Editor - Fotojet

Assalamualaikum.

Hai semua.

Apa khabar? Harap anda semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Entri kali ini saya nak kongsi satu lagi website online untuk mereka yang minat mengedit gambar. Kalau nak buat kelainan pada setiap gambar dalam blog anda pun boleh.


Untuk mengunakan fungsi mengedit dalam fotojet, anda hanya perlu register menggunakan Facebook atau email saja. Tak perlu susah - susah pun. Antara fungsi - fungsi yang terdapat seperti dalam gambar kat bawah ni.

                                           

Biasanya bila kita letak gambar, terus je upload kat blog kan. Kalau guna fotojet ni, boleh jadikan gambar dalam bentuk paparan 3D. Menarik tak....

Anda boleh buat collage, photo card, banner...nak buat facebook, twitter cover juga boleh.






Saya dah cuba buat satu design 3D macam kat bawah ni, nampak lain dari yang lain kan....seronok pulak guna fotojet ni. Lepas ni boleh buat design lain pulak. 


Selamat mencuba!!!!

Friday, April 15, 2016

Mencari Etok - Etok di Sungai Pahang

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas saya telah pulang ke kampung di Temerloh. Disebabkan musim panas yang melanda negara kita sekarang, air sungai Pahang pun dah surut dengan mendadak. 

Air yang sangat cetek membolehkan orang ramai mencari etok - etok atau remis di dalam sungai. Kami sekeluarga juga tidak ketinggalan untuk turut sama mencarinya. 



Memang banyak etok - etok yang diperolehi. Hanya dengan menjadikan penutup kipas sebagai tapis. :). Ini antara hasil carian kami sekeluarga. Saiznya tidak begitu besar...lebih kurang saiz kerang atau kecil lagi. Jadi memang perlu cari banyak - banyak baru puas untuk makan.



Si kecil Adam ni seronok dia main air sungai yang mengalir. Musim panas berendam dalam air memang menyegarkan dan menyeronokkan.


Etok - etok ni kami bawak balik dan biar ianya direndam semalaman. Ini untuk memastikan pasir dan juga apa juga kekotoran dapat dikeluarkan sebelum etok - etok ini dimasak.

Esok paginya etok - etok ini selamat digoreng kunyit oleh kak ipar saya. Tak susah pun resepinya...tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian masukkan lada kecil yang sudah ditumbuk lumat dan serbuk kunyit. Untuk menambah bau, masukkan beberapa keping daun limau purut. Masak sehingga etok - etok ini terbuka dan siap untuk dimakan.



Sunday, March 6, 2016

Konvensyen Ketamadunan Dunia 2.0





Assalamualaikum.

Hari ni nak berkongsi cerita tentang satu konvensyen yang telah saya hadiri semalam (05 March 2016). Konvensyen ini berlangsung selama satu hari saja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kawan saya yang mendaftar untuk sertai kemudian beliau dapat satu seat percuma. Jadi saya dijemput untuk menyertainya. Program ini diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama GPTD, DBP, PNM, Kong Zi Institute, IDFR, KarangKraf dan Sinar Harian.




Konvensyen kali ini  bertujuan untuk mengupas tajuk "Menyingkap Hubungan Melayu dalam Tamadun China". Antara ahli - ahli panel yang telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja mereka adalah seperti berikut:

1) En. Chen Zhong - "A few Glimpse Into Chinese Culture"
2) Prof. Yusuf Lio Baojun - "Pengembaraan Cheng Ho di Alam Melayu"
3) Prof Madya Dr. Mat Rofa Bin Ismail - "Pengaruh Taman China dalam Masyarakat Melayu - Islam"
4) Dr. Poey Tiang Peow - "Sejarah Asimilasi Cina Muslim dengan Melayu Muslim di Tanah Melayu"
5) Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan - "Islam di China, Cabaran Masa Kini"


Selain daripada mendengar pembentangan kertas kerja dari pada ahli - ahli panel yang dijemput, terdapat juga aktiviti - aktiviti lain yang disediakan di luar dewan. Antaranya Pameran Manuskrip Melayu yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara. 






Replika Hikayat Hang Tuah yang dipamerkan oleh Perpustakaan Negara.



"Naskhah ini disalin pada tahun 1282 H (1865M). Hang Tuah adalah seorang
pahlawan Melayu yang terkenal dengan kegagahan dan keberaniannya serta
sikap taat setainya pada raja. Hikayat ini mengisahkan peristiwa - peristiwa
yang berlaku dari pertengahan abad ke-14 sehingga Belanda menakluki Melaka
pada tahun 1614. Manuskrip ini mendapat pengiktirafan daripada World Register
, Memory of the World pada tahun 2001."

Replika Manuskrip 'Pamor Keris'


Terdapat banyak lagi replika manuskrip yang dipamerkan antaranya Misa Melayu, Hukum Kanun Melaka, Syair Siti Zubaidah dan ada beberapa lagi. 

Apakah itu Manuskrip Melayu?

Manuskrip Melayu ialah karya yang bertulis tangan dalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke-16 sehingga awal kurun ke-20. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang - udang, ketatanegaraan serta azimat dan petua.

Sumber daripada Perpustakaan Negara Malaysia.









GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER



Sebelum itu kalau nak join GA ni pastikan area tempat anda ada MBO Cinema ok!! Hehehe Voucher ini luput pada 31/3/16. Sempat lagi tu..


SYARAT PENYERTAAN:


1. FOLLOW BLOG NI murnialysa.blogspot.
2. FOLLOW IG @murni.alysa
3. LIKE PAGE Projek Blogger Utara
4. FOLLOW IG @projekbloggerutara
5. COPY N PASTE ENTRY ni dekat blog korang.
6. KOMEN N MASUKKAN LINK entry korang kat sini ya.


***TARIKH TUTUP PENYERTAAN 6 Mac 2016***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia