Thursday, November 26, 2015

Bookcafe - Year End Sale

Assalamualaikum,


Hari ini saya ingin berkongsi, kepada siapa - siapa yang sedang mencari buku - buku, anda mungkin berminat dengan promosi ini. Di Bookcafe  sedang berlangsung promosi jualan akhir tahun. Harga buku dari serendah RM1 dan amat berbaloi untuk dimiliki. Ada bermacam - macam jenis buku di sini yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.




Apa yang lagi menarik, ada hadiah percuma yang merupakan barangan eksklusif Upin & Ipin. Anda boleh dapatkan buku untuk kanak - kanak, buku agama, motivasi, novel, business dan macam - macam lagi. Ada juga buku - buku popular english yang telah diterjemahkan kepada bahasa melayu. Antaranya karya Robert T.Kiyosaki "Rich Dad Poor Dad" & "Unfair Advantage"



Apa tunggu lagi, mari sama - sama kita dapatkan selagi stok masih ada. Promosi berakhir 27-Nov-2015. Cepat dapatkan sebelum terlambat. Buku Matluthfi pun ada !!! - Catatatn Matluhtfi & Momen2 Matluthfi



Sunday, November 22, 2015

Buku Pilihan : Formula Solat Sempurna

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi buku yang banyak manfaatnya kepada kehidupan kita semua. Dalam agama Islam, solat merupakan tiang agama dan merupakan ibadah yang pertama akan dihisab di akhirat kelak. Jadi amatlah penting untuk kita mengetahui dan mempelajari bagaimana untuk memperbaiki solat harian kita.

Pengarang : Dr. Zaharuddin Abd Rahman





Buku ini turut menerangkan perihal solat mengikut pandangan 4 Mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali. Turut disertakan panduan berserta gambar yang menunjukkan kedudukan / keadaan ketika dalam solat. Ini dapat memudahkan lagi pemahaman kita dan sangat membantu dari segi praktikalnya.



Turut dijelaskan dengan terperinci tentang dalil - dalil yang menjelaskan sesuatu hukum berkaitan dengan rukun - rukun solat. 


Kepada anda yang berminat boleh membeli buku ini secara online atau boleh dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran.


Wednesday, November 18, 2015

LEGO Car dari Shell.




Sunday, November 15, 2015

Lesen Memandu hampir tamat tempoh. Perbaharui segera.

Assalamualaikum,

5 tahun lepas, saya telah renew lesen memandu untuk tempoh 5 tahun. Alkisahnya....selepas 5 tahun saya hampir lupa yang lesen memandu akan tamat tempoh pada hujung bulan november ini. Bahaya juga renew lama - lama, nasib baik teringat nak check dompet. Hai...banyaknya yang nak kena renew bulan November ni. Lesen, road tax dan insurance kereta, semua kena renew sekali gus. 

Disebabkan dah takde masa nak ambik cuti untuk ke Pejabat Pos atau ke JPJ, jadi saya pilih untuk renew lesen di atas talian. Bagus juga ada MYEG, telah memudahkan urusan saya. Hanya perlu register account di website MYEG dan pilih perkhidmatan apa yang hendak anda lakukan.



Selain dari renew lesen, banyak lagi perkhidmatan lain yang di tawarkan di MYEG antaranya:
  • Renew road tax
  • Renew insurance
  • Semak saman traffik
  • Bayar zakat
  • Renew permit
  • Renew working permit untuk maid
Mudah kan, semua dihujung jari anda. Cuma kalau anda inginkan lesen yang baru (cantik ada gambar semua tu), perlulah ke JPJ atau Pejabat Pos. Kalau renew online ni dapat lesen yang laminate tu je...hehehe.




Oklah, saya harap anda semua tak lupa macam saya. Nanti free je kena saman dengan Encik Polis Traffik. Lepas ni tarikh tamat akan jatuh pada tarikh hari lahir. Jadi senang sikit nak ingat kot...:).

Pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh ya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia