Assalamualaikum semua.
Siapa pernah naik ETS (Elektric Train Service)? Seperti yang kita tahu, ETS di Malaysia beroperasi dibawah KTM Berhad. Perkhidmatan ini menawarkan laluan daripada KL Sentral sehingga ke Padang Besar Perlis.
Jadi sekarang ni kita ada lagi satu pilihan kalau nak berjalan - jalan ke utara. Naik ETS, cepat dan senang. Pengalaman saya naik ETS ke stesen Anak Bukit, Kedah hanya memakan masa lebih kurang 5 jam.
Kalau travel sorang - sorang memang berbaloi lah naik ETS ni, tak perlu pikir duit minyak, duit tol dengan penat memandu.
Di bawah ini saya nak kongsi bagaimana untuk beli tiket ETS secara online. Tidak perlu beratur panjang di kaunter. Itu yang penting kan, jimat masa.
1) Anda boleh membuka akaun secara atas talian di
ktmb.com.
2) Login ke akaun anda dan paparan seperti di bawah akan kelihatan.
3) Masukkan maklumat perjalanan anda seperti berikut:
- dari stesen mana ke stesen mana. Contoh dari KL Sentral ke Anak Bukit
- pilih tarikh perjalanan
- pilih tren yang sesuai dengan waktu perjalanan anda.
- selepas anda pilih tren, informasi di bawah akan kelihatan. Info ini memaparkan jumlah tiket yang masih ada dan harga tiket yang di tawarkan.
- kalau dah berkenan dengan harga dan waktu perjalanan, bolehlah klik butang '
Add' untuk memasukkan maklumat anda.
- sekiranya anda baru kali pertama membeli tiket menggunakan perkhidmatan atas talian ini, sila pilih 'New Passenger'.
- pilihan ini membenarkan anda untuk memasukkan maklumat peribadi seperti nama no k/p, jantina dan status (dewasa / kanak - kanak)
- kemudian, klik pada ruang 'Seat' untuk memilih tempat duduk.
- seperti gambar di bawah, anda boleh pilih coach dan tempat duduk mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
- Warna merah maksudnya tempat telah di isi orang, manakala warna biru masih kosong.
- tips dari saya, kalau suka melihat pemandangan, dinasihatkan tidak memilih tempat duduk di barisan 3,6 kerana ianya terletak di antara dinding dan tingkap. Jadi tak dapat tengok pemandangan puas - puas. Hehehe....tu saja.
- setelah selesai, sila klik butang 'Save'.
- selepas selesai booking, jangan lupa buat bayaran. Setakat ini hanya maybank2u, visa dan mastercard diterima booking online ni.
- E-Ticket anda boleh print terus selepas selesai membuat bayaran.
Itu saja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga ianya memberi manfaat buat kita bersama.