Assalamualaikum semua.
Bulan March telah tiba, bagi pekerja - pekerja di luar sana, jangan lupa tentang kewajipan kita setiap tahun. Kena isi borang income tax ni sebelum 31 March 2016. Kalau tak isi nanti tak pasal - pasal kena denda dengan LHDN.
Jadi, hari ini saya dah terima borang EA daripada majikan saya. Boleh lah mula mengisi, lagi cepat lagi bagus. Kalau isi lambat sangat, nanti online system ini hang sebab terlalu banyak user masuk. Sementara masih fresh ni, apa kata isi terus.
Apa yang perlu anda lakukan, pergi saja ke laman web LHDN, lepas tu boleh klik pada icon "e-Filing" - macam saya redbox kan dalam gambar di bawah.
Nak lagi mudah dan cepat, taip saja "e-Filing" kat Google, terus dapat link ke login page seperti dibawah.
Kemudian, anda perlu login guna No K/P @ No Passport @ No Tentera @ No Polis. Mana - mana yang bersesuaian dengan anda lah. Kalau macam saya ni bukan tentera, bukan polis, guna No K/P la kan.
Kemudian, masukkan password anda. Ini yang paling mencabar, sebab login kat 'e-Filing' ni setahun sekali saja. Jadi pastikan anda ingat password anda ya. Kalau terlupa juga, boleh klik pada link "Terlupa kata laluan" dan ikut arahan selanjutnya.
Oh ya, satu lagi, tahun ini LHDN dah mengaplikasi kan standard kata laluan yang baru untuk memastikan tahap keselamatan maklumat lebih baik. Sekiranya kata laluan anda tidak mengikut standard yang ditetapkan, anda akan diminta untuk menukar kata laluan sebaik sahaja berjaya login ke laman "e-Filing" ini.
Bila sudah berjaya login, anda kan dapat lihat menu - menu seperti di atas. Untuk mengisi cukai taksiran bagi tahun 2015, sila klik pada butang "e-Borang". Skrin seperti dibawah akan dipaparkan.
Peringatan: Pastikan anda menutup fungsi pop-up blocker, kalau tidak borang taksiran tidak akan dipaparkan.
Bila borang taksiran telah dipaparkan, anda boleh mula mengisi maklumat dan menyemak kembali maklumat peribadi seperti nama, no k/p, no income tax, PCB, bank akaun no. Isilah maklumat yang diperlukan berpandukan borang EA yang majikan anda telah sediakan.
Setelah semuanya lengkap diisi, sila semak sekali lagi dan anda boleh "tandatangan" (key-in semula ID dan password). Kemudian klik 'hantar'.
Peringatan: Apabila anda telah "hantar" borang cukai taksiran ini, tidak ada lagi pindaan boleh dibuat secara online. Sila pastikan anda print borang cukai taksiran ini untuk simpanan anda.
Selamat berjaya!!!