Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435H (12 Rabiul Awal Tahun Gajah)  bersamaan dengan 14 Januari 2014.


Mari kita banyak - banyak berselawat keatas Rasulullah S.A.W. Semoga kita akan menjadi umatnya yang bertaqwa dan sentiasa berada di lantasan yang benar.



Friday, January 10, 2014

Wira WML9036 - kereta ini telah dicuri


Salam semua,

Entri ringkas pagi ini, saya ingin mewar-warkan, kereta wira kawan saya no plat WML9036 telah dicuri di seksyen 7 Shah Alam pagi semalam. Sekiranya ada sesiapa pernah melihat kereta ini, sila laporkan di balai polis berhampiran anda. 

Kerjasama anda saya ucapkan terima kasih.


Monday, January 6, 2014

Renew Passport - Sila Datang Awal.

Salam semua,

Seperti yang ramai ketahui, kita perlukan passport bila ingin ke luar negara. Saya ini bukan jenis yang selalu berjalan ke luar negara. Maklumlah, bukan tuntutan kerja yang memerlukan saya untuk selalu ke negara orang. Kali terakhir saya keluar dari Malaysia kalau tak salah pada tahun 2012, pergi ke Jakarta. Jadi passport saya memang dah lama tamat tempoh.

Kali ini, bila mula merancang untuk bercuti ke negara lain, jadi perkara pertama yang perlu dilakukan ialah perbaharui passport. Sebenarnya ada perkhidmatan online untuk memperbaharui passport, tetapi perkhidmatan ini tidak dapat digunakan untuk sementara waktu. Ada pengumuman di website Imigresen, jadi saya perlu ke mana - mana cawangan Jabatan Imigresen yang berhampiran. Ada beberapa cawangan yang dibuka pada sabtu dan ahad untuk kemudahan kita semua. Jadi saya telah ke cawangan kelana jaya, yang paling hampir dengan rumah saya sekarang. 


Saturday-Sunday : 8.00 am - 1.00 pm
  • Negeri Sembilan Immigration Office: Seremban
  • Selangor  Immigration Office: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang
  • Pulau Pinang  Immigration Office: Seberang Jaya
  • Sarawak  Immigration Office: Kuching, Miri
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya  Immigration Office: Pejabat Pasport Presint 15
Sumber dari laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

Apa yang hendak saya beritahu ialah, saya ini rupanya sangat naif orangnya. Saya sangkakan sampai pukul 7.30 pagi masih lagi awal, tidak perlu beratur panjang, tapi apa yang terjadi sangat mengejutkan saya. Sampai saja di cawangan kelana jaya, barisan sudah panjang, sudah melewati beberapa buat kedai dan sudah lebih 100 orang beratur menunggu pintu dibuka. Saya tergelak sendirian, dan terdetik dalam hati " ingat aku sorang je ke nak pergi oversea". 

Pengajarannya, sila pergi awal untuk sebarang urusan di jabatan kerajaan dan jangan ingat kita seorang saja yang ada urusan, orang lain pun ada juga. 

Info untuk renew passport:
1. Sila bawa kad pengenalan (tidak perlu salinan)
2. Gambar 2 keping - latar belakang putih
3. Duit secukupnya untuk membuat bayaran.
    2 tahun - RM100
    5 tahun - RM300

***Pengalaman dan pengajaran dalam hidup***


Sunday, January 5, 2014

"Quotes" - untuk permulaan tahun 2014

Salam semua

Selamat hari ahad dan selamat berhujung minggu. Bermula 1 Jan 2014, penduduk negeri Johor sudah mula mengalami perubahan untuk cuti hujung minggu mereka. Johor telah menukar cuti hujung minggu kepada jumaat dan sabtu, bermakna hari ahad mereka akan mula bekerja dan bersekolah. 

Hari ini cuma nak berkongsi beberapa inspirational quotes yang saya baca dalam surat khabar The Star semalam. Jom baca, fahami dan selami untuk peringatan dan motivasi buat diri sendiri.






Wednesday, January 1, 2014

Hari Pertama di tahun 2014

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari pertama di tahun 2014. Kebanyakkan negeri di Malaysia bercuti hari ini, begitu juga saya...bercuti...tapi masih bekerja dari rumah. Rajin betul rasanya....tapi begitulah. Report - report penting masih perlu disiapakan, supaya semua berjalan lancar esok hari. 

Sudah lama benar saya tidak menulis di blog saya ini, sudah lama saya tinggalkan blog ini usang seperti tidak bertuan. Mungkin ada orang yang datang semasa saya meninggalkan blog ini, tapi mesti mereka kecewa kerana tidak ada entri baru di sini. Berlalu meninggalkan blog saya dan mungkin tidak datang lagi selepas itu.

Hari pertama di tahun 2014, saya tergerak hati untuk menulis sesuatu, mungkin tentang sesuatu yang terlintas di fikiran. Kadang - kadang, menulis mampu meluahkan lebih dari kata - kata. Kadang kala, bila bersuara, kita tidak mampu meluahkan apa yang sepatutnya. Atau mungkin apa yang di katakan di salah erti oleh orang yang mendengar. 

Macam - macam perkara terjadi dalam kehidupan kita, keluarga, kawan - kawan dan secara keseluruhannya negara kita. Saya membaca, cuba mengambil tahu, cuba menyelami setiap pendapat yang di lontarkan, cuba mencari rasional di setiap apa yang kita semua cakap dan luahkan. Bagaimana pun, memang susah untuk kita faham dan puaskan hati semua orang. Jadi kita cuma perlu menjadi diri sendiri, dan cuba menyelesaikan masalah yang kita lalui dengan cara kita sendiri. Mungkin cara kita tidak sama, tapi ianya mungkin berkesan dengan diri kita dan cara hidup kita. Apa yang paling penting, cara itu tidak melanggar ajaran agama kita.

Sekadar berkongsi apa yang saya rasa dan sedang mencari semula rentak untuk aktif semula di blog saya ini. Moga saya mampu untuk terus menulis di blog ini dengan tulisan yang lebih bermanfaat. Akhir kata, selamat bercuti dan manfaatkan cuti anda untuk sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.


Walaikumsalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia