Tuesday, April 10, 2012

Esok cuti umum, tapi saya tidak bercuti

Salam semua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua kata - kata semangat anda yang telah membantu saya untuk menyiapkan beberapa tugasan. Antara yang telah berjaya disiapkan Financial Management (tugasan 1 dan 2).  


Tugasan mingguan untuk satu lagi subject Business Ethic juga telah siap draf pertama dan telah di hantar kepada ketua kumpulan untuk semakan. Doakan tugasan tersebut diterima oleh ketua kumpulan saya.  

Bagaimanapun kegembiraan cuti umum esok tidak berpanjangan apabila pensyarah untuk subject Financial Management telah memberikan satu lagi tugasan untuk dibuat ketika cuti umum ini. Beliau telah menghantar email siang tadi kepada semua pelajar dan emailnya berbunyi begini :-

"Tomorrow public holiday is for the rest of the public, not for MBA UKM"

Jadi aktiviti esok sudah pasti melakukan pengiraan untuk membuat capital budgeting bagi syarikat yang telah diberikan. Esok adalah hari untuk mengira.


Mata memang sudah mengantuk sangat ini, jadi saya mahu tidur dahulu...selamat malam semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia