Sunday, February 19, 2012

Kraftangan dan aku

Salam semua,

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan membaca tulisan di blog saya ini. Saya amat menghargainya. Entri kali ini saya berkisar tentang kisah kraftangan. Sebenarnya entri ini sempena pertandingan yang dianjurkan oleh blog ligakampung. Kebetulan saya baru pulang dari Sabah. Jadi saya ingin menceritakan kisah kraftangan dan aku ketika di Sabah.


Seperti yang anda semua ketahui, orang Sabah sangat kreatif, mereka banyak menghasilkan berbagai - bagai jenis kraftangan. Hinggakan di Kota Kinabalu terdapat sebuah pasar yang menjual segala jenis kraftangan yang mereka hasilkan. Pasar ini sangat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan yang dikenali sebagai Pasar Kraftangan. Di pasar ini lah saya berjalan lebih 5 jam. Terlalu asyik melihat dan mebelek hasil kraftangan yang di pamerkan di sini. Macam - macam ada, dari gelang tangan mutiara, alat - alat muzik seperti gitar, dengang (bersaiz kecil sebagai hiasan), bakul, beg dan pelbagai barangan lagi.




Sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di pasar ini, boleh beli cenderamata untuk di bawa pulang. Ini gelang mutiara yang cantik dan murah, sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada teman - teman.



Selain itu, terdapat satu lagi tempat yang menjual barangan kraftangan di Kota Kinabalu iaitu Pasar Ahad atau Sunday Market. Gerai - gerai di sini mula dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 petang. Di sini juga anda dapat melihat berbagai jenis barang makanan, pakaian, kraftangan dan ada juga khidmat mengurut kaki. Kalau sudah penat berjalan boleh singgah urut kaki di sini, kos urutan hanya RM20 untuk 30 minit.




bekas - bekas tembikar.

Setakat ini sahaja entri kali ini, kepada peminat - peminat kraftangan memang tidak rugi sekiranya berkunjung ke Sabah. Kalau ada masa, saya ingin berkunjung ke sama lagi untuk melihat perkampungan kebudayaan di sana. Mesti ada banyak lagi hasil kraftangan yang boleh kita lihat.

"Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia