Thursday, February 9, 2017

Trip singkat ke Bandung - Tips persediaan sebelum pergi bercuti!!

Assalamualaikum semua.

Entri kali ini saya nak kongsi cerita tentang trip singkat ke Bandung. Saya pergi 5-Feb-2017 naik flight Air Asia 5.30pm dan balik pada 7-Feb-2017 flight Air Asia 8.30am. Jadinya saya cuma ada masa 1 hari je untuk jalan - jalan di Bandung. Jangan risau, korang masih boleh berjalan - jalan dan pergi shopping dalam masa 1 hari. Tak percaya, sila tunggu dan baca entri selanjutnya.


muka excited nak pergi bercuti...hehehe


Persediaan yang perlu dilakukan ialah:

  • Booking hotel siap - siap. Saya booking online guna AGODA
  • Saya tinggal di Hotel Patradisa yang terletak di Kota Bandung ini. Dari airport cuma mengambil masa dalam 15 - 20 min (bergantung kepada keadaan trafik)
  • Sebelum pergi seeloknya cari supir siap - siap. Melainkan anda nak rasa adventure boleh gunakan 'Angkutan Kota' yang memang banyak di sini. Saya gunakan khidmat PAKEJ SUPIR MURAH BANDUNG. Boleh tengok FB page untuk pertanyaan.
  • Rancang tempat yang anda nak pergi. Buat survey sikit - sikit tempat yang ingin di lawati.
  • Sediakan duit secukupnya - kira kos yang anda perlukan contoh duit makan, duit tiket ke tempat - tempat yang anda ingin lawat. Kos pengangkutan dan duit shopping kalau anda plan nak beli barang kat sini.
  • Kumpulkan semua barang, boarding pass, passport di satu tempat. Jangan nanti ada yang tertinggal pulak. Check passport expired date ya....kalau dah expired jangan lupa renew dulu.




Satu lagi perkara penting saya nak kongsikan ialah berkaitan mata wang asing. 

  • Sebelum pergi pastikan ada tahu apa conversion rate kat negara yang anda nak lawati.
  • Boleh download apps untuk memudahkan anda convert nilai mata wang
  • Boleh gunakan service yang CIMB Bank tawarkan "CIMB TravelCurrency"
  • Pergi kat website cimbclicks, anda akan nampak icon macam dalam gambar kat bawah tu.
  • Mudah saja guna menu ni, anda cuma perlu pilih nak convert RM ke mana - mana currency, masukkan jumlah yang anda nak tukar, masa dan tarikh anda nak collect.
  • Mudahkan, nanti pergi je collect kat mana - mana branch CIMB Currency Exchange.
  • Tidak perlu keluar cash banyak - banyak.
  • Macam saya hari tu, collect terus kat airport. CIMB Currency Exchange ni betul - betul kat balai perlepasan.



Ke mana saya pergi dalam masa 1 hari di Bandung, tunggu entri sambungan ya.

Saturday, February 4, 2017

Movie Review : The Warrior's Gate






Sebuah filem fantasi - aksi dan pengembaraan. 

Pengarah: Matthias Hoene

Release: Nov 2016

Pelakon Utama:
Mark Chao - Laksamana Zhoo
Ni Ni - Puteri Su Lin
Uriah Shelton - Jack
Dave Bautista - Arun the Cruel
Francis Ng - Wizard

Filem ini mengisahkan Jack seorang remaja yang gemarkan permainan video. Jack juga berkawan rapat dan selalu membantu Mr Chang menguruskan kedainya. Kedai ini menjual bermacam - macam barang antik daripada negara China. Pasa suatu hari, Jack menemui satu bekas yang mempunyai ukiran unik. Dia sangat tertarik dengan bekas itu dan bertanya dengan Mr Chang apakah maksud disebalik ukiran tersebut. Mr Chang telah menceritakan bahawa puteri yang diukir pada bekas tersebut adalah seorang puteri dari negara China yang telah banyak berjasa demi menjaga keamanan negara tersebut dari kejahatan.Mr Chang telah memberikan bekas tersebut sebagai hadiah kepada Jack.

Jack menyimpan bekas tersebut di bilik tidurnya tanpa mengetahui misteri sebenar sebalik bekas itu. Malam itu tiba - tiba muncul Laksaman Zhoo dan dia mencari Satria Hitam. Apabila mengetahui Satria Hitam tidak wujud di situ, dia telah meminta Jack menjadi penjaga sementara kepada Puteri Su Lin. Kisah aksi dan pengembaraan mereka bermula dan Jack yang masih kebingungan terpaksa turut serta dalam misi menyelamat apabila Puteri Su Lin berjaya ditangkap oleh orang - orang Arun.


Dalam pada kisah lawan - lawan pedang ni semua, ada juga diselitkan plot yang lucu. Contoh masa mula - mula Su Lin sampai ke dunia sekarang. Jack telah bawa dia ke shopping mall untuk membeli belah. Su Lin kemudiannya ternampak ramai  anak - anak muda sedang menari hip hop. Tanpa segan dia terus masuk menari dengan gaya kung fu tapi tarian dia nampak hebat. Selain itu, Jack juga sempat mengajar Laksamana Zhoo tarian hip hop semasa dalam perjalanan mereka ke kubu Arun the Cruel. Di akhir cerita, ada di tunjukkan Laksamana Zhoo mengajar askar - askarnya menggunakan gerakan ala - ala hip hop juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia