Monday, December 21, 2015

Buku Pilihan: Catatan Matluthfi

Assalamualaikum.

Hari ini saya kongsikan dengan anda satu lagi buku dalam koleksi saya. 

Tajuk: Catatan Matluthfi

Apa yang menarik tentang buku ini:
1) Kisah pengalaman Matluthfi, seperti yang korang kenal, dia ni memang terkenal dengan video-videonya di youtube. Walaupun videonya lawak, tapi ada unsur nasihat di sebaliknya. Begitu juga dengan buku ini, banyak unsur nasihat untuk dijadikan pengajaran buat kita
2) Ditulis secara bersahaja, loghat kedah di memang tak tinggal.
3) Kisah - kisah yang terjadi sepanjang hidup beliau dikongsikan untuk tatapan pembaca.
4) Ada yang kelakar dan ada yang sedih





Jadi, sekiranya anda berminat boleh la miliki buku ini segera. Diskaun 10% di bookcafe.com, kalau beli tempat lain saya tak pasti ada diskaun atau tak. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok :)



Monday, December 14, 2015

Tahniah Mimi!!!

Assalamualaikum.

Entri ini saya tujukan khas kepada anak sedara saya. Tahniah atas pertunangannya yang telah berlangsung pada hari sabtu yang lepas (12.12.2015). Saya kongsikan gambar - gambar sekitar majlis pertunangan ini.


Men Are From Mars, Women Are From Venus



Sekarang punya konsep, dulang hantaran pun boleh guna kayu saja.


Sedang menantikan kedatangan pihak lelaki dari Sg. Petani Kedah


Tempat sarung cincin dan dulang hantaran. Pihak perempuan 9 dulang.

Rombongan pihak lelaki telah selamat sampai.


Saya doakan semoga kegembiraan ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduannya terhadap ibunya (kakak saya) yang telahpun kembali menghadap ilahi


Wednesday, December 9, 2015

Supahiro di 7Eleven

Assalamualaikum,

Semalam singgah di 7Eleven beli barang sikit. Masa bayar tu, adik kat kaunter tu pun bagi satu sticker kecil. Dia cakap sekarang tengah ada promosi, kumpul sticker ni sampai 24 keping nanti boleh redeem dengan teddy bear. 



Ni gambar teddy bear yang boleh kita redeem


Promosi ni bermula semalam 8-Dec-2015 sampai 8-Feb-2016, lama lagi tu sempat la nak kumpul sticker ni. Senang saja caranya, dengan setiap belian RM5 kita dapat satu sticker. Bila dah cukup 24 keping kita boleh redeem dengan mana - mana teddy bear yang kita suka, selagi stok masih ada.

Kalau anda rajin, boleh la start kumpul sticker ni. :)



Monday, December 7, 2015

Farm In The City

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsi satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga. Terutama untuk mereka yang ada anak - anak kecil yang sukakan binatang.


Hari ini saya telah mengunjungi "Farm In The City" di Seri Kembangan, Selangor. Lokasinya di belakang Giant Taman Equine. Mudah saja untuk ke sana, jadi kalau ada masa lapang bolehlah anda ke sana bersama keluarga.

Harga tiket untuk masuk seperti berikut:
Dewasa (MyKad) - RM32 (termasuk GST), harga tiket tanpa MyKad ialah RM48
Kanak-kanak umur bawah 12 tahun (MyKid) -RM25 (termasuk GST), harga tiket tanpa MyKid RM38. Untuk kanak - kanak yang tinggi kurang daripada 90cm, boleh masuk secara percuma.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:
1) Memberi makan kepada kura-kura dan makanan disediakan.


2) Memberi makan burung - burung di dalam sangkar besar. Makanan juga disediakan.


3) Menangkap ikan longkang


4) Bergambar bersama burung kakak tua


5) Menunggang kuda, bayaran sebanyak RM7 dikenakan dan tiket boleh di beli semasa di kaunter tiket




Antara spesis kanggaro ke-2 terkecil di dunia.

Burung merak sedang mempamerkan kecantikan bulu ekornya



Nama Ular ini ialah : Albino Red Tail Boa

Tempat ini menarik untuk dikunjungi bersama keluarga, sambil bersantai bolehlah melihat gelagat haiwan - haiwan yang ada di sini. Kalau berkesempatan, bolehlah anda bawa keluarga ke sini. 


Saturday, December 5, 2015

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2015 SHEILA INSPIRE





Assalamualaikum,

Hari ini saya sertai satu simple giveaway daripada blog "Sheila Inspire", sangat mudah dan senang. Giveaway ini akan tamat pada : 29 Dis 2015 jam 11:59pm. 

Banyak hadiah - hadiah menarik untuk dimenangi, kalau nak tahu apa hadiah tersebut boleh lawati blog "Sheila Inspire"


Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.



Portal Community Baru, webe - 'start here, go anywhere"

Assalamualaikum.

Anda pernah dengar tentang "webe"? Apa itu "webe"? Ingin tahu, mari sama - sama explore apa yang menarik tentang "webe".



"webe" merupakan sebuah portal komuniti yang baru saja dilancarkan minggu lepas kepada umum. Di portal ini anda boleh berkongsi apa saja idea menarik yang dapat menjadikan komuniti di sekitar anda lebih ceria, lebih baik dan memberi manfaat kepada kita semua.

Apa yang perlu anda lakukan adalah daftar untuk dapatkan akaun anda sendiri dan mula berkongsi. "webe" tidak memerlukan wang tetapi memerlukan anda berkongsi. Setiap perkongsian anda di mana - mana laman sosial - Twitter, Facebook, Google +, Instagram akan memberikan anda mata "webits". 

Apabila anda telah mengumpulkan banyak mata "webits", ianya boleh digunakan kepada projek pilihan anda. Plegde mata "webits" kepada mana - mana projek pilihan dan anda telah membantu merealisasikan projek tersebut. 

antara projek yang sedang diusahakan

Jadi apa tunggu lagi, mari ramai - ramai mendaftar dan memeriahkan lagi portal komuniti "webe" di sini. Jadikan impian anda satu kenyataan. Masa mendaftar, kalau baik hati anda boleh letakkan referral ID: 1300L3

Terima kasih dan saya harap kita anda berjumpa di portal komuniti "webe" secepat mungkin.

Tuesday, December 1, 2015

Bucket List: Berehat di pondok tepi sawah.

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang salah satu daripada wish yang ada dalam bucket list saya. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya nampak mudah dan senang, tapi bagi saya....sekarang baru tercapai...hehehehe. Jangan gelakkan saya ye...memang dah lama sangat teringin nak merasa bagaimana perasaanya kalau dapat duduk di pondok di tepi sawah padi.

Maklumlah saya ni memang orang kampung, tapi di kampung saya kat Temerloh tu takde sawah padi, kalau pokok getah, kelapa sawit memang banyak. 



Peluang ini akhirnya menjadi kenyataan bila kawan baik saya menjemput saya untuk datang ke kampung beliau di Kodiang Kedah...yeah!!!! gembira rasa di hati. Semalam adalah tarikh yang akan di ingati dalam hidup saya...29-Nov-2015 akhirnya saya dapat melihat sawah padi terbentang luas di depan mata. Angin bertiup sepoi - sepoi bahasa mengeluarkan bunyi yang amat mendamaikan. Burung - burung berkicauan, berterbangan bebas di angkasa. 

Tenang rasanya dapat keluar dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Sawah padi menghijau, sekarang dah lepas musim semai, jadi pokok padi tengah hidup subur, semuanya nampak hijau, saujana mata memandang. 


Memang bestlah dapat berehat di pondok tepi sawah ni, sejuk dan nyaman. Anda pula bagaimana, apa wish list dalam bucket anda yang belum tercapai..jom kongsikan bersama :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia