Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday 27 : Saya sakit


Monday, May 28, 2012

Kembali semula.

Salam semua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua, atas doa anda. Saya telah selesai menjawab peperiksaan akhir dan semester II saya telah tamat dengan rasminya. Jadi saya akan bercuti untuk 2 minggu, cuti daripada kelas saja, kerja tetap macam biasa...hehehehe.



Bila tiba saat sebegini, rasa macam nak ambil cuti panjang saja, baru best kan, tapi kekangan kerja tidak mengizinkan, banyak kerja di pejabat yang perlu disiapkan. Lagipun, cuti saya yang ada hanya 4 hari saja. Bemula hari ini boleh lah memulakan semula aktiviti melawat blog - blog kawan - kawan yang telah lama ditinggalkan. 

Kawan - kawan nantikan kehadiran saya di blog anda....hehehehehe.

Tuesday, May 22, 2012

Bakal menghadapi peperiksaan

Salam semua,

Lama sudah meninggalkan blog ini tanpa sebarang entri baru. Semua masa yang ada digunakan untuk bekerja, menyiapkan tugasan dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Masa begitu cepat berlalu, tanpa disedari kita sudah hampir masuk ke bulan june 2012. Terasa seperti baru semalam memasuki tahun 2012. Banyak yang dirancang untuk tahun ini masih belum dilaksanakan.

Semasa menulis entri ini, saya berada di McD Jalan Pahang, menunggu kedatangan ahli kumpulan untuk berkumpul dan menyiapkan projek kami yang terakhir. Harap semuanya berjalan lancar.

Semoga saya dapat kembali aktif menulis blog setelah tamatnya peperiksaan pada 26 & 27 May nanti. Ada cuti untuk 2 minggu.

Akhir kata sehingga kita bertemu lagi, jangan lupakan saya ye...sebab dah lama tidak berjalan - jalan ke blog anda semua.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday 26: Apa yang sedang saya lakukan


Sunday, May 6, 2012

Nampaknya sibuk dengan tugasan lagi

Salam semua,

Nampaknya saya akan sibuk lagi menyiapkan beberapa tugasan, lagi pun semester II sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tinggal lagi 2 minggu untuk kelas, jadi semua tugasan perlu diselesaikan sebelum tibanya FINAL EXAM.




Si Ketam dah marah...ok ok ...saya sambung buat tugasan dulu ya..lain kali kita jumpa lagi.

Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday 25: Mug Percuma


Tuesday, May 1, 2012

1 MAY = HARI PEKERJA = HARI JADI AMIR

Salam semua,

Hari ini bersamaan dengan 1 MAY 2012 merupakan hari cuti umum untuk kita semua. SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA untuk semua warga kerja di luar sana. Harap dapat memanfaatkan cuti sehari ini dengan baik.

1 MAY juga merupakan hari jadi AMIR, anak sedara saya. SELAMAT HARI JADI AMIR, semoga menjadi anak yang bijak dan soleh. Sentiasa mengembirakan hati ibu dan bapa. Belajar rajin - rajin ya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia