Sunday, January 30, 2011

saat-saat yg akan sentiasa kukenang...

bila aku tgk gmbr ni, ianya menceritaka bermacam-macam kisah. suka dan duka sepanjang aku di tmpt ini. Tp yg paling berharga..adalah kenangan aku bersama teman-teman seperjuangan, kak aini, kak adah,kak liza, kak kay, berry, linda, hanum, syad, kak ida, kak elly, kak iman....klu nak tulis mmg panjang listnyer. Semuanya akan aku ingat, terpahat dlm memori ni selagi aku tak hilang ingatan. Macam-macam perkara berlaku merapatkan lagi hubungan kitaorg. Bukan sekadar teman satu pejabat, teman berkongsi cerita suka dan duka, teman semasa susah dan senang, teman semasa gembira dan sedih, teman ketika lapar dan kenyang, teman ketika minum breakfast dan minum petang, teman ketika hujan atau pun panas, teman berjalan dikala kereta parking jauh dari opis, teman yg akan membawa aku berjalan-jalan sewaktu tension bekerja. Teman pegi makan ayam penyet kat bangi, teman pergi shopping kat alamanda. Macam-macam yg dah dilalui bersama, 3 tahun terasa terlalu singkat tempoh perkenalan kita....semoga persahabatan ini akan terus berkekalan...sampai akhir hayat nanti. Teman-temanku yg sentiasa dalam doa dan ingatanku.


sahabar-sahabat yg dikasihi....


Pasukan bola jaring yg aku sertai...2 tahun berturut-turut....seronok dpt kenal mereka semua...happening.

Wednesday, January 26, 2011

semalam dlm surat khabar keluar satu berita pasal sekolah menengah aku dulu, pasal pelajar sekolah nak terjun bangunan masa dia kena histeria. Dah teruk ni, dulu zaman aku sekolah2 pun ada kes macam ni, tp tak de lah sampai nak terjun bangunan. Sekolah aku ni dulu, kalau hujan je mesti ada yg kena histeria, seram sejuk jugak lah dibuatnya. 



Hari ini aku dikejutkan pulak dengan berita perginya cikgu aku...dia terlibat dlm kemalangan jalan raya minggu lepas.


Dia dulu cikgu displin kat sekolah aku. Seorang yg tegas tapi baik hati. Sayangnye dia dah tak ada lagi di dunia ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah....


brown bag session

salam....dah lama aku x uodate, bukan busy sgt pun tapi tak sempat nak menaip cite2 yg menarik. Lgpun kat umah aku x de internet...huhuhuhuh....coverage ada tp signal tak dpt mcm mana tu??sapa nak jawab??. hari ni dah hari rabu, erm....dr hari isnin, selasa dan hari ni rabu aku kena attend "brown bag" session. Aku tak tahu la korang tahu ke tak maksud 'brown bag' session ni. Mula2 aku pikir, akan ada satu beg color coklat yg dibaling2 ke kiri dan ke kanan....hahahahha tak apa2 je aku ni (itu namanya terjemahan secara langsung, terjemah perkataan demi perkataan...mmg lah dpt maksud tah apa2). Klu korang google 'brown bag session' so akan dpt lah definisi sebenarnya....betapa aku tak menpunyai pengetahuan yg luas. So agak2 klu tak tahu tu, bolehlah kita gunakan cik "Google" yg sangat membantu ni.

What is a “Brown Bag”  Session?
A short (1.5 hours) education & motivation session conducted on a single topic for up to 30 participants over lunchtime with the general objective of empowering the participants to increase self-confidence, communication skills, attitude, morale & work-life success.

Tp brown bag session yg aku pegi ni...hampir 2 jam, semlm yer dekat 2 jam setengah....bung bang...bung bang...diorg dlm tu....akhirnya aku pun tak tahu.....apa kesimpulan yer. Hari ni ada lagi...start kul 10 pagi ni...so we wait and see how long it going to take for this session. Hopefully finish before 12 noon.

Thursday, January 20, 2011

public holiday...

dah pukul 12.30 pagi masa aku tulis post ni. Nak tido tapi ada keje nak kena buat. Balik office tadi terus g umah akak aku, erm....nasib baik jln tak jem, aku ingatkan jem, maklumlah esok cuti umum semperna Thaipusam. Akak aku minta tolong ajar dia, mcm mana nak guna broadband, dia smbg blajr kat OUM ambik degree. Akak aku dah start smbg blajar, aku jugak yg tak lg memulakan rancangan aku untuk smbg master. Bila lah nak mula ni. Dah lama tangguh. Aku sebenarnya agak kagum, sblum dtg sini aku check kat P1 area umah akak aku ni ada coverage atau tak, klu ikut peta tu, tak de. Tp aku bawak juga modem nak cuba nasib. Pehhhhh.............ada coverage lah...tak sangka, stabil lak tu, so dpt ah aku mengupdatekan blog aku ni....heheheheh.

Signal Strength Excellent - Fullbar.....


dah ada internet ni, mcm2 lah aku buat, tak leh focus wat keje pulak, aku sibuk browsing internet la pulak. Akak aku pun sibuk memahirkan dirinyer dgn facility baru. Aku dah rasa amat ngantuk ni, dah tak leh tahan lagi. Rasanye cita2 aku nak siapkan keje ni terkubur la seketika, sambung pagi esok je lah. Nak tido, nak tido....nak tidooooooooo.

Wednesday, January 19, 2011

dah petang-petang ni aku menghadapi masalah kebosan tahap kritikal. erm....nape tak de apa2 yg boleh dilakukan ni, semua org dah cuti ke?? someone help me, aku tak tahu bape lama aku boleh tahan hidup cam ni...hopefully semuanya akan berubah dengan cepat. dah tak sanggup, dah masuk minggu ke-3 still macam ni, adakah aku tak cukup agresif utk menyesuaikan diri kat sini?? adakan aku terlalu lembap untuk disuruh?? terlalu diam?? asyik duduk kat tmpt yg sama je, tanpa bergerak2.. aku tak tahu nak bergerak kemana, tak de tujuan, arggggggggg...mcm mana ni...apa yg patut aku buat, apa yg patut aku cakap, apa yg patut aku tanya??? aku sendiri pun tak tahu. Manusia mmg mcm tu, tak de keje bosan, byk keje pun bosan. Tak pernah puas hati dgn apa yg ada. Sama lah mcm keadaan aku ni, tp aku dah smpi tahap rasa cam useless je ni, baru je nak motivate diri dgn kerja baru, tmpt baru, hope can cope with the environment faster but seem like it too hard. Aku tgk orang lain busy je dgn kerja masing2. Tp ye la aku baru lagi kan kat sini, nasib baik ada dayah, so aku ada geng utk bosan. klu dah bosan sgt aku kacau dayah atau siti. Tp diorg 2 org ni intern student, so tak lama kat sini. Tak sama mcm aku, aku staff, so kena proactive. Nnt diorg dah takde aku mcm mana...huhuhuhu sedih. Mungkin akan jadi lebih pendiam dan lebih menyendiri. Dah la duduk kat blkg ni, sapa pun tak perasan kewujudan aku kat sini. Bila la aku nak rasa stabil dgn keje aku dan tmpt baru ni. Tanpa perlu risaukan apa2. Tak tahu la, harapnyer masa tu akan tiba juga nnt. Bila mana aku tak perlu risaukan apa2, fikirkan apa2. Aku boleh berjalan dgn confident, bercakap dgn confident dan bertanya soalan2 yg bernas. Harap masa tu tiba cepat sebab aku dah tak sanggup rasa apa yg aku rasa sekarang ni lebih lama lagi. Seperti kawan aku ckp "No turning back, just face it" dan aku tambah " whether you like it or not".


rindu nak pegi tempat ni, thn ni aku takkan dtg ke tmpt ni lagi....

bosan yer aku ibarat pondok ni yg kosong....

hari yg sejuk....aku kelaparan....

kenapa hari ni sejuk sgt...tak tahan, mcm duduk dm peti ais...huhuhuh..mengigil dah ni, wlupun dah pakai sweater tp still rasa sejuk, mmg kena beli sarung tangan lah pas ni. kat bawah ni aku letak gambar lubang aircond yg mengeluarkan udara yg sangat sejuk...klu ikut hati nak g je tutup lubang aircond tu dgn kertas ke atau cuba menghalakan udara yg sejuk tu ke arah lain. arggggg....sejuk...sejuk...otak dah beku ni....dah la lapar, tambah lg dgn cuaca yg sejuk ni lagilah kelaparan. cepat ah tengah hari, nak makan kenyang2. heheheehe. Sapa suruh tak breakfast kan pagi tadi, padan muka kat diri sendiri. Aku pun pelik, nape aku tak g cafe pagi tadi, biasanya aku mesti singgah kalau perut aku dah bernyanyi-nyanyi pagi2 lagi. Aku bukan datang lambat pun, awal cam biasa. So mmg sempat sgt lah nak g breakfast. oooo aku ingat sesuatu, biasanya kaau g breakfast aku akan ambik surat khabar 'The Sun' kat bawah sebagai peneman. Pagi tadi aku tak ambik, tu sebagai petanda tak singgah cafe la. Ingat nak beli roti je kat mesin makanan kat depan lift tu, tapi takde roti yg sedap pulak. So impian untuk ber'breakfast' pagi tadi berkubur begitu saja. Itulah akan terjadi pada aku kalau byk sgt aku pikir, kejap rasa nak tapau nasi lemak depan rumah, kejap nak makan roti je, kejap nak singgah cafe. Akhirnya apa pun aku tak buat. Lain kali fokus pada satu perkara je...baru jadi kenyataan. Sbb aku mmg tak suka buat pilihan, tp hari2 kena buat pilihan dan selalunyer aku pilih untuk balik rumah je...hahahahha tak apa2 aku merepek ni. Oklah..lain kali cite lagi.

aircond yg mengeluarkan udara yg begitu sejuk, walaupun matahari memancar terik kat luar...

blur + bosan

semalam merupakan hari yg paling bosan + blur, sebab kesan dari tido yg tak cukup 8 jam…tp bila aku fikir2 balik, sbg org dewasa patutnye hanya perlukan 6 jam je utk tido, mungkin tido yg tak berkualiti kot..sbb tu bangun je pening kepala…pas tu g keje dlm keadaan blur. Kebetulan keje pulak tak berapa nak ada…lg lah menambahkan rasa bosan yg menebal dalam diri aku. Semalam aku rasa masa sgt lambat berjalan, sampai aku boleh kira berapa kali ambulance lalu depan office aku ni. Disebabkan kebosanan tahap melampau, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebaik sahaja jam menunjukkan tepat pukul 6 ptg. Aku terus keluar dari office, menuju ke jejantas yg sudah sedia menanti kepulangan aku. Aku naik jejantas untuk menjaga keselamatan, tak nak aku membahayakan diri melintas di jalan raya yg sesak tu. Aku masih ingat pada org2 tersayang (MyFamily) yg sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku kat sini. Sampai je rumah, aku terus menyiapkan diri untuk tido. Tapi disebabkan awal sangat, so aku baca novel dulu, ambik mood untuk tido. Akhirnya pukul 10 jugak baru aku lelap. Tgh sedap2 tido, tiba2 telepon aku berbunyi, tgk dah pukul 1 pagi, aish…..sapalah yg tepon, tgk nombor tak dikenali terus aku reject. Telepon aku berbunyi lg, aku reject, 3 kali aku reject, tp still call, last2 aku off hp aku. Aku tgk balik nombor tu pagi tadi rupanya, operator dari opis lama aku telepon, mungkin diorg tak tahu aku dah resign kot. Lantak lah, pandai2 lah diorg tepon org lain, aku dah tak support lg. Agak menganggu aku, tp pagi ni bila aku bangun aku rasa segar dan lebih bertenaga…sbb tido cukup dan berkualiti….hehehehe.



Jejantas yg aku gunakan utk lintas jln...


Jalan raya yg sentiasa sibuk....kat sebelah ni ada sekolah...

Saturday, January 1, 2011

Senarai Blog

1) bardboo.com
2) papankekunci.com
3) ziefauzi.com
4) cahayacinta.com
5) pacifista.my
6) benjystanis
7) paihujey.com
8) kongsibersamanora.blogspot.com
9) wrizuan.net
10) akubiomed.com
11) puankutu.com
12) eyriqazz.com
13) earncent.com
14) kozumiro.com
15) denaihati.com
16) puanbee.com
17) yanmieonline.com
18) mobilityworlds.com
19) kakyong.com
20) ummihanie.com
21) tehramuan.com
22) affanruslan.com
23) wanwidget.com
24) apaajanews.blogspot.com
25) sabreehussin.com
26) ohcikgu.com
27) zulseffort.com
28) forblogger
29) contengconteng
30) ohno-ee
31) pengendaliblog
32) kujie2.com
33) cikguhairul
34) lizarazak
35) ibualiya
36) ligakampung
37) keluarga-mifzal-arsyad

Kimmie

Saya seorang pekerja swasta, pelajar di hari sabtu dan blogger separuh masa. Orang biasa, yang sukakan cerita berbentuk fiksyen daripada cerita seram. Asal dari Temerloh Pahang, sekarang menetap di Sungai Way Petaling Jaya. Walaupun nama yang saya gunakan di blog mirip nama lelaki, tapi saya adalah seorang perempuan. Ada sejarah disebalik nama itu. Suka menulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai seorang manusia biasa. Semoga dapat menjadi pengajaran dan mungkin dapat membantu pembaca yang sudi singgah di blog saya.


Saya sedang menyambung pelajaran di peringkat Master di UKM dalam bidang Business Administration. Jadi doakan saya berjaya dalam pelajaran. 

Sekali lagi, salam perkenalan dan terima kasih sudi singgah di blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia