Wednesday, January 4, 2012
Wordless Wednesday 11 - Pentingkan Diri Sendiri
Posted by
akusipeminatbuku
at
12:55 AM
Wordless Wednesday 11 - Pentingkan Diri Sendiri
2012-01-04T00:55:00+08:00
akusipeminatbuku
wordless|
Comments
Labels:
wordless
Tuesday, January 3, 2012
Segmen YY | Mengapa saya berblogging
Info lanjut : klik sini
Salam semua,
Ini ada lagi satu segmen menarik, iaitu "Segmen YY | Mengapa saya berblogging". Saya ditag oleh kakak cantik untuk berkongsi sebab saya berblogging. Kalau tidak di tag, mungkin saya tak tahu juga segmen ini.
Jadi cerita saya berblog bermula apabila saya bertukar kerja baru pada tarikh 3 Jan 2011. Hari ini genap setahun saya bekerja di syarikat tersebut. Mula - mula saya berblog disebabkan saya berasa bosan, ialah mula masuk kerja, mana dapat tugasan lagi. Asyik pula suruh baca manual untuk fahamkan sistem. Disebabkan kebosanan yang melampau, saya pun buat blog ini. Diajar oleh seorang kawan yang sudah ada blog sendiri (adik comel).
Jadi sekarang saya berblog kerana saya sudah jatuh hati kepada dunia blogging ini. Sekarang sehari tidak buka blog atau tidak melawat blog - blog kawan lain, rasanya tidak lengkap. Bila sudah berblog secara betul, baru dapat menikmati keindahan dunia blog itu. Mengapa saya berblogging....sebab saya suka blog. :)
Di sini saya ingin mengajak KKO dan Niena kerana saya pun berminat hendak mengetahui mengapa anda berdua berblogging.
Posted by
akusipeminatbuku
at
10:15 PM
Segmen YY | Mengapa saya berblogging
2012-01-03T22:15:00+08:00
akusipeminatbuku
blogwalking|segmen|
Comments
Labels:
blogwalking,
segmen
Monday, January 2, 2012
Perancangan tahun 2012
Salam semua,
Kita sudah berada di hari ke-2 ditahun 2012. Sebagai entri pembukaan tahun ini, saya ingin berkongsi perancangan untuk membangunkan lagi blog "mylifemyprimaryplan".
Posted by
akusipeminatbuku
at
10:04 PM
Perancangan tahun 2012
2012-01-02T22:04:00+08:00
akusipeminatbuku
blog|
Comments
Labels:
blog
Sunday, January 1, 2012
Hari - hari terakhir di tahun 2011
Salam semua,
Tahun 2011 sudah berlalu, kini tiba tahun 2012. Semoga tahun 2012, saya akan lebih rajin lagi berblog dan berkenalan dengan lebih ramai blogger. 3 hari terakhir di tahun 2011, saya ingin kongsikan dengan anda semua:
29.12.2011 - Pergi makan tengah hari bersama rakan - rakan sejawat di Restoran Italiannies di Sunway Pyramid. Setiap 3 bulan, syarikat tempat saya bekerja ada memperuntukkan RM30 seorang untuk belanja makan tengah hari. Jadi penutup tahun 2011 kami semua memilih untuk makan di Restoran Italiannies. Sedap juga menu yang saya pilih ini. Set makanan tengah harinya ada roti sebagai starter, salad dan main menu.
30.12.2011 - Makan tengah hari di Restoran Korea di Amcorp Mall. Kawan - kawan seperjuangan di pejabat telah bermurah hati belanja makan tengah hari, sempena hari jadi saya esok (31.12.2011). Terima kasih kepada Joyce, Ayu dan Kerol.

Shrimp Linguine dan salad segar.
30.12.2011 - Makan tengah hari di Restoran Korea di Amcorp Mall. Kawan - kawan seperjuangan di pejabat telah bermurah hati belanja makan tengah hari, sempena hari jadi saya esok (31.12.2011). Terima kasih kepada Joyce, Ayu dan Kerol.
Kimchi Soup - set lengkap untuk makan tengah hari.
31.12.2011 - Sabtu seperti biasa akan menghadiri kelas terakhir untuk tahun 2011. Hari ini sebenarnya agak istimewa kerana merupakan tarikh kelahiran saya. Jadi setelah tamat kelas, saya ke Mid Valley bertemu dengan kawan - kawan yang sudi meraikan hari ini bersama saya.
seronoknya...terima kasih kawan - kawan
tiket wayang sekarang dah pakai barcode, jadi scan je untuk masuk.
Kek ke-2 sempena hari jadi saya....terima kasih kepada kakakku dan keluarga
Penutup tahun 2011 yang mengembirakan. Semoga tahun 2012 membawa lebih lagi kegembiraan dan kebahagian dalam hidup saya. Mengenali dunia blog sepanjang 2011 membawa berbagai erti baru dalam hidup saya. Selamat Tahun Baru 2012...semoga anda semua terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
Posted by
akusipeminatbuku
at
5:36 PM
Hari - hari terakhir di tahun 2011
2012-01-01T17:36:00+08:00
akusipeminatbuku
Life|
Comments
Labels:
Life
Subscribe to:
Posts (Atom)