Monday, December 10, 2012

Butang G+ hanya boleh klik sekali

Salam semua,

Nampaknya kehangatan peraduan "iphone 5 gadjet impian" terus menular dikalangan masyarakat di dunia maya ini. Setiap kali DH buat peraduan, mesti akan jadi satu fenomena dan yang penting memberi satu impak yang positif.

Apa yang baik, yang saya nampak kerjasama antara peserta - peserta, saling bantu membantu dan sokong menyokong antara satu dengan yang lain. Setiap kali ada peraduan sebegini, pasti kita akan jumpa blog - blog baru yang sebelum ini mungkin kita tidak pernah ketahui kewujudannya (antaranya blog saya lah). 

Satu lagi perkara yang saya belajar ialah tentang butang G+. Untuk peraduan kali ini penganjur menggunakan butang G+ sebagai salah satu cara untuk mendapatkan markah. Semakin ramai orang yang klik G+ di entri kita, makin banyak markah yang kita dapat kumpulkan.

Sama ada anda perasan atau tidak, kadang - kadang jumlah kiraan G+ ini menaik dan kadang - kadang menurun. Saya rasa, apa yang terjadi mungkin ada yang tidak tahu bahawasanya, butang G+ hanya boleh di klik sekali sahaja. Jika anda sudah klik butang tersebut akan bertukar menjadi warna merah. Jika butang G+ masih berwarna putih, ini bermakna anda belum klik lagi. 

Bagaimana pun harus diingat, anda perlu login dahulu ke akaun Gmail anda, jika tidak butang itu memang akan kekal berwarna putih. 

Sebelum klik : Butang berwarna putih

Selepas klik: butang berwarna merah

Lagi satu kebaikan butang G+ ini, bila ramai orang klik G+ untuk entri kita, ianya akan memberikan kesan positif kepada google search engine. Kalau tak percaya, cuma anda taip keyword 'iphone 5 gadjet impian" di  
Google, terdapat banyak entri dari peserta akan keluar. 

Entri saya tak keluar pun kat Google search, ini menunjukkan saya perlu dapatkan lebih banyak lagi G+. Jadi bantuan anda diperlukan untuk klik G+ di entri iphone 5 ini.

p/s: Ada giveaway untuk anda, maklumat lanjut di entri : Cabaran ketiga bermula


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia