Thursday, April 19, 2012

Giveaway di Blog Bardboo | 'Sharing is Caring'



Salam Bard / Semua,

Hari ini saya ingin mencuba nasib buat kali pertamanya untuk cuba review blog orang yang dah lama dalam bidang blogging ini. Siapakah beliau?? Kalau anda tengok banner di atas mesti tahu siapakan. Blog Bardboo yang mana si empunya blog sedang berada di Perancis sekarang. 

Apa yang saya suka tentang blog bardboo?

1). Blog ini sekarang dah guna theme baru, saya suka warna latar biru. Warna biru merupakan warna kegemaran saya, jadi telah menjadi daya penarik buat saya untuk terus melawat blog ini.

2).  Kebanyakan entri di blog ini menceritakan tentang kisah keluarga puan blog sepanjang mereka menjalani kehidupan di Perancis. Secara tidak langsung saya dapat melihat dan membayangkan suasana di Perancis. Untuk sampai ke sana tidak pasti bila, jadi cari pengalaman melalui bacaan terlebih dahulu.

3). Susun atur yang kemas, mudah untuk mencari entri - entri yang rasa nak dibaca.

Apa yang boleh diperbaiki?

1). Saya cadangkan ditambah satu lagi ruangan di sidebar untuk entri - entri popular sama ada bulanan atau mingguan. Ini akan memudahkan pembaca melihat entri apa yang menjadi pilihan pembaca di blog ini.

2). Mungkin bahagian entri terbaru boleh digantikan dengan paparan lain kerana saya rasa pembaca boleh melihat senarai entri terbaru di muka hadapan blog. 



Ini saja pendapat saya tentang blog Bardboo. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Semoga blog Bardboo terus maju dan berjaya di masa hadapan. Sekian terima kasih.


Yang Ikhlas,
-Kimmie-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia